Home » All Post, Headlines, SAMM

MP Pakatan sokong SAMM desak pecah monopoli Astro – HarakahDaily

Submitted by on December 6, 2013 – 10:09 AMNo Comment

Sidang Media MP Bantah Astro

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyokong tuntutan yang dikemukakan NGO Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) terhadap Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memecahkan monopoli syarikat televisyen berbayar, Astro.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata tuntutan SAMM itu merupakan satu tuntutan yang wajar memandangkan mutu perkhidmatan yang diberikan Astro tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan ke atas pelanggan.

“SAMM hari ini telah menghantar satu memorandum bantahan kepada kementerian dan kami menyokong langkah tersebut kerana ia memberi kesan langsung kepada pelanggan Astro itu,” kata beliau pada satu sidang media, di parlimen, hari ini.

Tegas Takiyuddin, kerajaan perlu mengawal monopoli Astro dengan membuka lebih banyak ruang stesyen televisyen berbayar, sebagaimana yang pernah dihasratkan kerajaan sekitar 2011.

Namun, tambah beliau disebabkan sehingga sekarang tiada pilihan yang dapat diberikan kepada pengguna, maka Astro yang memonopoli industri itu bertindak mengenakan tekanan kepada pelanggan dengan menaikkan tarif sejak Nov lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Marzuk Shaari turut menyeru semua pengguna Astro untuk memberi sokongan kepada kempen ‘Bantah Astro’ yang dilancarkan SAMM.

Kata beliau, kempen itu mensasarkan jumlah 100 000 ‘like’ di laman sosial Facebook iaitu Bantahastro bagi peringkat awal sebelum SAMM mengaturkan lebih banyak agenda dalam kempen tersebut.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Lepas, Sin Tze Tzi menuntut kerajaan untuk membuka kepada persaingan bagi stesyen televisyen berbayar untuk membolehkan rakyat membuat pilihan.

Malah, katanya dengan membuka ruang persaingan itu, maka semua syarikat yang terbabit berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik bagi menarik pelanggan.

Memorandum yang turut diserahkan kepada ahli-ahli parlimen itu juga menuntut agar Astro membatalkan bayaran RM20 untuk penyambungan semula, di samping mengurangkan 20 peratus iklan dalam siarannya.

SAMM juga berpendapat Astro juga tidak layak menaikkan tarif kerana tayangan filem dan drama yang berulang-ulang sepanjang bulan, selain siaran yang sering tergendala ketika hujan walaupun dijanjikan perkhidmatan yang terbaik.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.