Home » All Post, Headlines

Oh setan! ohh syaitan! Kau tunggu lepas hujan!

Submitted by on December 4, 2013 – 4:16 PMOne Comment

Oh setan! ohh syaitan! Kau tunggu lepas hujan!

Banjir besar, satu dugaan…
satu dugaan hadir dengan pelbagai dugaan
kereta tenggelam, rumah tenggelam, insurance tak jalan…

harga barang naik tanpa belas kasihan,
tarif letrik naik ketika untung mereka bak berlian,
harga gula naik tak kira kawasan,
datang banjir, tenggelam satu PEKAN

Mana bantuan, mana bantuan?
kera di hutan disusukan
anak di kuantan, mati tak makan
taufan hainan dihulur jutaan
banjir timur selatan, tiada yang sakan

Ohh malangnya, jika inilah kerajaan
longkang tersumbat, kamu biarkan
sungai cetek penuh mendapan
semua ini projek tiada pulangan
semua ini usul tiada keuntungan
maka dipersetan…
rakyat berdepan kesusahan, itu ketentuan
rakyat harung kesulitan, bukan dalam kawalan
banjir besar-besaran, itu urusan tuhan…

Apakah ini negeri setan? yang berketuakan syaitan?

Ayuh selepas hujan, kita turun di jalanan…

Edy Noor Reduan
4 Disember 2013

Banjir kuantan 1

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.