Home » All Post, Headlines, Sarawak

SAMM Kuching Bersama Rakyat Sarawak himpun di Padang Kuching

Submitted by on December 10, 2013 – 3:00 PMNo Comment

kuching

KUCHING 10 DIS: Kira-kira 300 rakyat Sarawak berhimpun di Padang Merdeka Kuching pagi ini sempena Hari Hak Asasi Sedunia bagi membangkitkan tuntutan tanah adat (NCR).

Menurut penyelaras SAMM Kuching, Azan Akma, isu utama yang dibangkitkan adalah tuntutan keatas hak tanah yang kritikal di Sarawak.

“Himpunan hari ini juga bagi membangkitkan isu pembinaan empangan Murum, Baram dan lain-lain yang menjadi ancaman kepada tanah milik rakyat.

“Sebab isu tanah bukan isu orang Iban atau orang Asal sahaja, tetapi juga kepada orang Melayu Sarawak dan suku lain.

“Sehingga kini ada 400 kes tanah rakyat yang dirampas di Sarawak kini dibawa ke mahkamah,” kata Akma kepada Keadilandaily.

Himpunan bermula jam 10 pagi tadi disertai Sadia, NGO masyarakat Iban Sarawak, Grass (Gerakan Sabah Sarawak) dan orang Asal dari seluruh negeri ini.

Walaupun hujan renyai dan diawasi anggota polis, peserta himpunan bersemangat berarak sambil melaungkan slogan ‘Hormati hak asasi’ dan ‘Undur Taib Mahmud’.

Mereka membawa kain rentang dan plakad tertera perkataan ‘Tanah kami nyawa warisan kami’ dan ‘Hormati hak kami orang Asal Sarawak’

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.