Home » All Post, Headlines

SAMM kutuk pengangkapan Azan Safar, Gesa Rakyat Bersedia Untuk Himpunan Besar 31 Disember

Submitted by on December 24, 2013 – 9:04 AMNo Comment

Poster 31dis 0

Kenyataan Media
24 Disember 2013

SAMM kutuk pengangkapan Azan Safar, Gesa Rakyat Bersedia Untuk Himpunan Besar 31 Disember

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk tindakan pihak berkuasa yang mengheret seorang mahasiswa ke balai polis tanpa alasan yang munahsabah.

Azan Safar, Pengerusi Turun yang juga Presiden GAMIS dikahabrkan dicekup polisi kira – kira jam 11.30 malam tadi ketika sedang makan di sebuah kedai makan di ibukota. Penangkapan ini dipercayai ada kaitan dengan demo malam tahun baru nanti.

Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini ? Boleh sahaja panggil elok – elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat.

SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar sambil menyeru semua agar tenang termasuk pasukan keselamatan dan jangan sesekali termakan provokasi BN. Pihak berkuasa harus rasional dalam membuat keputusan, tidak perlu mengikut telunjuk kerajaan BN yang dilihat telah ‘goyang’ oleh gerakan rakyat mutakhir ini.

Bagi SAMM, penangkapan Azan Safar akan terus membangkitkan lagi semangat anak muda dan orang ramai untuk turun bersama dalam protes raksasa 31 Disember 2013

Sheikh Yaser Abd Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.