Home » All Post, Headlines

Tepati Janji Bawa TPPA Ke Parlimen Atau Berhadapan Demonstrasi Besar

Submitted by on December 7, 2013 – 12:05 PMNo Comment

Flashmob di Kuantan

Kenyataan Media
7 Disember 2013

Tepati Janji Bawa TPPA Ke Parlimen Atau Berhadapan Demonstrasi Besar

Mesyuarat Peringkat Menteri berhubung TPPA dijadualkan akan diadakan di Singapura bermula hari ini, 7 hingga 10 Disember, di mana ramai pemerhati menjangkakan 21 Perkara Perjanjian Perdagangan ini akan dimeterai oleh negara-negara terlibat.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ingin memperingatkan rejim Pemerintah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar tidak melayan sebarang agenda, tekanan atau paksaan daripada kuasa-kuasa besar diketuai Amerika Syarikat untuk memeterai perjanjian berat sebelah ini. Selagi mana segala klausa perjanjian yang akan menghancurkan kedaulatan negara tercinta ini tidak dikeluarkan daripada perjanjian tersebut, selagi itu tiada kewajaran untuk terus berbincang.

Rejim Pemerintah juga harus menepati janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober 2013 yang lalu dalam sesi dialog Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC 2013 di Bali bahawa Kerajaan komited membentangkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada ahli Parlimen.

Sekiranya rejim Pemerintah ingkar terhadap janji-janji yang telah dibuat sendiri oleh Perdana Menteri ini dengan menandatangani perjanjian ini tanpa dibahaskan di Parlimen, SAMM tidak teragak-agak untuk menganjurkan demonstrasi besar-besaran sebagai isyarat jelas penolakkan rakyat terhadap sebarang bentuk tindakan yang menghancurkan kedaulatan negara dan memangsakan rakyat.

SAMM akan terus menunjukkan ketegasan anak muda mempertahankan kedaulatan dan maruah negara Malaysia yang merdeka ini daripada dirobek oleh kumpulan 600 kapitalis gergasi Amerika Syarikat yang tidak henti-henti dalam cubaan penjajahan ekonomi mereka ini. Anak muda tidak akan benarkan nasib masa depan Negara ditentukan oleh kumpulan kapitalis tamak yang hanya memikirkan untung semata-mata. Tanahair tercinta ini harus dibela dan dipertahankan setiap inci daripada kegelojohan kapitalis dan bonekanya.

Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.