Home » All Post, Headlines

SAMM SARAWAK MENGUTUK TANGKAPAN AKTIVIS YUSOF BAHARUDDIN

Submitted by on January 2, 2014 – 2:46 PMNo Comment

Yusof duduk 3 dari kiri

Kenyataan Media
2 Januari 2014

SAMM SARAWAK MENGUTUK TANGKAPAN AKTIVIS YUSOF BAHARUDDIN

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak mengutuk tangkapan saudara Yusof B. Baharuddin hingga membawa kepada tahanan reman selama tiga hari.

Saudara Yusof yang juga merupakan anggota SAMM Sarawak ketika ditangkap, baru sahaja menghantar delegasi SAMM Kebangsaan ke lapangan terbang Kuching. Beliau juga telah membantu segala pergerakan SAMM Kebangsaan di Kuching selama beberapa hari. Apakah kerana tulisan beliau di laman sosial atau keterlibatan beliau dengan kempen Nyah Taib yang dilancar SAMM, maka beliau ditangkap dan direman hingga 3 hari?

SAMM Sarawak berasa kesal kerana pihak polis sentiasa mengamalkan sikap dwi-standard apabila begitu cekap dan pantas menangkap aktivis yang bangkit melawan, tetapi membisu dengan setiap ancaman pengguna facebook terhadap pimpinan Pakatan Rakyat dari kalangan penyokong kerajaan.

Kami SAMM Sarawak mendesak supaya anak muda Sarawak bangkit dan lawan Regim Taib yang semakin mengila merompak hasil mahsul negeri demi memperkukuh kekayaan empayar ahli keluarganya. Salahguna kuasa turut berlaku, tanah hak milik rakyat Sarawak terus dirampas manakala siapa yang lawan akan diheret ke lokap.

Rakyat sarawak jangan lagi takut dengan Taib Mammud, kita harus yakin dan berani, cukuplah puluh tahun ditindas. Bersatulah kita rakyat Sarawak menuntut Hak dan pertahankan bumi kenyalang ibu pertiwi tanah tumpah darah kita.

Ayuh bersama, kita “NYAH TAIB”.

Perjuangan adalah perlaksanaan kata – kata
Selamatkan Sarawak, Selamatkan Malaysia

Azan Akma
Penyelaras SAMM Kuching
Email :[email protected]
Facebook :Azan Akma
Twitter : [email protected]

Web rasmi : www.anakmudamalaysia.com

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.