Home » All Post, Headlines, SAMM

Jangan Tunduk Kepada Helah Perkauman

Submitted by on February 19, 2014 – 11:44 AMNo Comment

Bangkai Ayam dan Cat Merah

Kenyataan Media
19 Februari 2014

Jangan Tunduk Kepada Helah Perkauman

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk perbuatan melempar bangkai ayam dan menabur cat merah di pejabat Teresa Kok. Perbuatan ini merujuk kepada politik perkauman melampau BN dan ia berlaku selepas cubaan sebelumnya tidak mendapat sambutan.

SAMM percaya tindakan ini juga adalah satu usaha menakut-nakutkan pihak YB Teresa Kok dengan harapan ada permohonan maaf akan dibuat.

SAMM menegaskan bahawa Teresa tidak harus tunduk kepada tekanan ini kerana rakyat yang celik perpaduan tetap menjaga keharmonian negara. Hanya segelintir yang ‘sakit’ sahaja tergamak ingin melihat rusuhan antara kaum berlaku.

SAMM menggesa pihak berkemahiran supaya menyiarkan semula video yang diterbit Teresa Kok dengan sarikata berbahasa melayu, agar semua pihak memahami satira politik yang ditonjolkan tiada unsur penghinaan terhadap agama dan bangsa lain khususnya islam dan melayu.

Apa salahnya kelemahan pemerintah itu ditonjolkan dalam bentuk satira selagi pihak kerajaan masih sombong dan bongkak tidak akui kelemahan diri?

Ia sinonim dengan aksi demo kangkung yang memperlihat kelemahan seorang Perdana Menteri, langsung tiada kaitan dengan penghinaan agama dan bangsa tetapi respon dari penyokong Umno berdemo dengan parang dan hasutan yang jelas, merupakan antara cubaan menimbul kebencian kaum.

Ternyata Umno terlalu lemah lantas mencari jalan perbalahan kaum maka apabila berlaku perbalahan apakah kononnya melayu akan bersatu? Ini satu dongeng dahulu kala, perpaduan yang diterap dengan baik oleh Pakatan Rakyat telah menjadikan rakyat tidak terpedaya dengan helah perkauman sepertimana YB Teresa Kok cuba dijadikan ‘kambing hitam’.

SAMM seru semua rakyat bertenang dan SAMM yakin rakyat jauh lebih matang menilai permainan sentimen perkauman oleh pihak jahat.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.