Home » All Post, Headlines, Johor, SAMM

Kempen Kesedaran Persempadanan Semula BERSIH-SAMM Muar berlangsung dengan jayanya

Submitted by on February 26, 2014 – 3:38 PMNo Comment

Kenyataan Media
26 Februari 2014

Kempen Kesedaran Persempadanan Semula BERSIH-SAMM Muar berlangsung dengan jayanya

Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar bersama-sama dengan pasukan Tindakan dan Kajian Persempadanan (DART) BERSIH telahpun menjalankan kempen kesedaran sivik masyarakat berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang bakal dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya pada hari Ahad, 23 Februari 2014 di sekitar kawasan DUN Maharani – Parlimen Muar, DUN Bentayan – Parlimen Bakri, DUN Gambir dan DUN Tangkak dalam Parlimen Ledang.

1911662_693679307350769_1948022682_n

Kempen sehari yang bertujuan untuk memberikan kesedaran sivik dan membentuk kefahaman masyarakat terutamanya pengundi berdaftar akan peranan dan hak demokrasi mereka dalam perkara berkaitan persempadanan semula kawasan pilihanraya ini diketuai oleh Pengerusi BERSIH, Saudari Maria Chin Abdullah dan disertai oleh YB Saudara Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri, YB Saudara Chua Wee Beng, ADUN Bentayan serta barisan aktivis SAMM Muar dan aktivis pro-perubahan Muar.

1781867_693679490684084_1784719794_n

Bermula jam 11 pagi, pasukan kempen telah mula bergerak mengedarkan risalah-risalah penerangan kepada khalayak umum di sekitar Hentian Bas Ekspres Bentayan dan kemudiannya terus bergerak di sekitar Bandar Muar. Sekitar jam 1 tengahari, konvoi kempen mula bergerak ke Bandar Tangkak di mana kami singgah ke Hentian Bas Tangkak yang terletak di tengah-tengah Bandar Tangkak. Dan selepas itu, konvoi kempen terus ke destinasi terakhir iaitu di pekan Bukit Gambir.

1962794_641655752538007_1754339972_n

Rata-rata khalayak yang ditemui menyambut baik usaha kempen ini yang memberikan mereka kesedaran akan hak mereka sewaktu persempadanan semula kawasan pilihanraya dijalankan dimana sebelum ini tidak ramai yang mengetahui apakah peranan mereka dalam proses ini.

Walaupun ruang masa yang agak singkat namun, SAMM Muar dan delegasi BERSIH sempat meluangkan masa berbincang untuk mengadakan satu sesi bengkel persempadanan semula dimana fokus dan objektif bengkel ini adalah untuk memberikan kefahaman yang utuh kepada seluruh aktivis dan rakyat Muar yang peduli terhadap salah satu pilar demokrasi Negara ini sekitar Mac nanti dan juga beberapa aktiviti pendemokrasian lain.

1779728_641655915871324_584661127_n

Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar menyambut baik dan sememangnya bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang bentuk program yang dapat memberikan pencerahan minda kepada seluruh rakyat Muar dalam aspek hak dan peranan dalam membina Negara bangsa ini dan juga pengukuhan doktrinisasi demokrasi berperlembagaan kepada warga Muar.

1509784_693679360684097_859475868_n

Sememangnya menjadi hasrat SAMM Muar untuk sentiasa bersama-sama dengan pihak-pihak yang berminat dalam pembinaan masyarakat Madani di sekitar kawasan Johor Utara selain daripada turut serta dalam sebarang bentuk aktiviti perlawanan rakyat. Adalah diharapkan selepas ini lebih banyak aktiviti kerjasama di antara SAMM Muar dengan NGO-NGO atau pertubuhan-pertubuhan lain demi ke arah memperkukuhkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat Muar dalam aspek bernegara.

1932406_693679297350770_697255846_n

SAMM Muar ingin mengambil kesempatan ini untuk terus menyeru anak-anak muda sekitar Muar dan Johor Utara yang peduli terhadap aspek demokrasi dan bernegara untuk bersama-sama kami dalam menjalankan pelbagai aktiviti agar akhirnya seluruh rakyat Muar dan Johor Utara mendapat manfaat yang baik. Kepada yang berminat untuk bersama-sama kami bolehlah menghantar butiran diri sama ada melalui email kepada [email protected] atau perkhidmatan Whatsapp kepada nombor 018-2864256.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.