Home » All Post, Headlines, Kedah

PELANCARAN KEMPEN SUARA RIDER

Submitted by on February 11, 2014 – 3:58 PMNo Comment


31 Jan Sedim (7)
IMG-20140201-00202

Kenyataan Media
11 Februari 2014

PELANCARAN KEMPEN SUARA RIDER

Penunggang-penunggang dan pencinta-pencinta motorsikal telah sekian lama menjadi mangsa penindasan dan diskriminasi oleh semua pihak terutama Pihak Penguatkuasa Undang-Undang. Seringkali sekatan-sekatan jalan raya yang mensasarkan penunggang motorsikal diadakan sedangkan pengguna jalanraya yang lain juga sering melakukan kesalahan undang-undang jalanraya.

Menyedari hakikat bahawa tidak semua penunggang motorsikal Negara ini terlibat dalam salahlaku dan gejala sosial namun, menjadi mangsa diatas label negatif yang diletakkan ke atas semua penunggang motorsikal, maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membantu anak-anak muda melancarkan kempen Bantah Diskriminasi Terhadap Penunggang Motorsikal atau dikenali dengan nama Suara Rider dengan hasrat untuk memastikan suara-suara penunggang motorsikal ini dapat didengari oleh kumpulan pembuat dasar, penguatkuasa-penguatkuasa dan masyarakat secara amnya.

31 Jan Sedim (1)

Pada tarikh 1hb Februari 2014, perasmian kempen ini telah pun berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah. Buat pertama kalinya, kempen ini memulakan aksi seramai 500 buah motorsikal telah berkumpul di perkarangan stadium untuk bersama-sama menjayakan kempen ini. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut menyatakan sokongan dan bantuan kepada anak-anak muda ini dengan memastikan agar saluran yang mereka gunakan ini adalah betul dan sah di sisi undang-undang.

Pelancaran kempen pada hari itu turut disertai dari pelbagai kelab-kelab motorsikal dari seluruh negeri Kedah. Turut hadir bersama dalam pelancaran ini adalah Saudara Badrul Hisham Shaharin, Ketua Penyelaras SAMM dan Yang Berhormat Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.

Pada 31 Januari 2014 satu program pra-kempen telah diadakan bersama hampir 100 buah motor telah berkonvoi ke Hutan Lipur Sedim untuk bersama-sama berkongsi pandang dan idea mengenai permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan penunggang motorsikal dan juga pandangan berhubungan kempen ini. Persetujuan juga telah dirakamkan untuk menggerakkan kempen ini secara menyeluruh.Maklumat lanjut mengenai kempen in boleh didapati di www.facebook.com/suara.rider dan www.anakmudamalaysia.com

1 Feb Stadiium (5)

SAMM turut ingin mengumumkan bahawa kempen ini akan dijalankan di seluruh pelusuk Negara dengan kerjasama kumpulan-kumpulan penunggang motor di setiap negeri bagi memastikan suara penunggang-penunggang ini dapat didokumenkan untuk didengari banyak pihak.

Antaranya termasuk Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan dan Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Objektifnya ialah supaya isu-isu ini dapat diperhalusi dan masalah diskriminasi terhadap penunggang-penunggang motorsikal dapat diselesaikan dengan segera dan akhirnya satu Kertas Panduan Operasi Standard (SOP) yang jelas dapat dikeluarkan supaya semua anak muda faham dan tahu apakah hak mereka, larangan-larangan yang dikenakan sewaktu menunggang motorsikal.

Miqhdad Shukri (MQ)
Penyelaras SAMM Segmentasi Rider Muda
Penyelaras SAMM Kedah

 

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.