Tamatkan Riwayat Parasit, SAMM Perlis Sokong Langkah Kajang
Kenyataan Media SAMM Perlis
1 Februari 2014
Tamatkan Riwayat Parasit, SAMM Perlis Sokong Langkah Kajang
Tragedi pahit berikutan kekalahan PR di negeri Kedah lantaran perpecahan dalaman perlu diambil iktibar oleh semua pendokong PR dan tentulah kita sama sekali tidak mahu ianya berulang di negeri Selangor.
Kita perlu sedar tentang hakikat bahawa Selangor adalah merupakan negeri paksi utama kepada Pakatan Rakyat, justeru negeri ini wajib dipertahankan oleh para pendokong PR dan gerakan ABU.
Kita sedar bahawa krisis sedang dicipta oleh parasit-parasit tertentu di negeri tersebut dan ianya hendaklah ditamatkan segera.
Bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa parasit kepada politik kotor segelintir politikus, maka SAMM Perlis dengan jiwa besar menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil N25 Kajang.
SAMM Perlis juga menyatakan sokongan terhadap Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor sebagai Pengarah Pilihanraya untuk DUN Kajang.
SAMM Perlis dan sekutu dengan ini bertekad untuk menggembeling seluruh kekuatan jenteranya berkampung di Kajang bagi membantu jentera pilihanraya PR serta mempertahankan DUN Kajang daripada jatuh ke tangan BN.
Asrul Nizam Abd Jalil
Penyelaras SAMM Perlis
Hotline: 019 434 2244
Email: [email protected]