Home » All Post, Headlines, SAMM

Tidak bertamadun: FAM atau Ultras Malaya?

Submitted by on March 4, 2014 – 5:41 PMNo Comment

ultras-malaya-stadium-selayang

Kenyataan Terbuka
4 Mac 2014

Tidak bertamadun: FAM atau Ultras Malaya?

Tindakan kumpulan Ultras Malaya membakar suar dan membaling bom asap ketika aksi persahabatan antara pasukan Malaysia menentang Filipina di Stadium Selayang Sabtu lalu mengundang pelbagai komentar daripada banyak pihak.

Antara yang mencuri perhatian ialah kenyataan pengurus pasukan kebangsaan sendiri, Datuk Seri Subahan Kamal yang menyifatkan perbuatan Ultras Malaya sebagai samseng dan tidak bertamadun.

Sebagai kumpulan anak muda yang mencintai sukan bolasepak tanah air, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menganggap Subahan tidak peka dengan metafora kejadian yang berlaku.

Apakah FAM itu cukup bertamadun mengekalkan presiden FAM selama 30 tahun yang menyaksikan prestasi bola sepak kebangsaan menjunam sejak itu?

Setia hadir dalam setiap perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan, pelbagai usaha dilakukan oleh kumpulan Ultras Malaya untuk menarik perhatian betapa sesuatu perlu diperbetulkan.

Perkara paling jelas dituntut ialah presiden FAM harus melepaskan jawatan.

Ambil pasukan Filipina sebagai contoh terbaik – sebuah pasukan yang berguru dengan Malaysia suatu ketika dulu.

Malaysia pernah mengejutkan dunia dengan kemenangan 15-1 menentang Filipina di Sukan Asia 1962.

Dalam kejohanan yang sama, Malaysia dinobatkan pasukan nombor 3 Asia selepas meraih pingat gangsa.

Kini pasukan Filipina jauh meninggalkan kita di tangga 127 dunia, dan pasukan kebangsaan masih terkial-kial untuk mencapai kedudukan 150 terbaik ranking FIFA.

Di atas fakta ini, apakah tindakan Ultras Malaya itu keterlaluan?

Setiap rakyat Malaysia harus bersyukur dengan kewujudan sekumpulan anak muda yang memperjuangkan nasib sukan nombor satu negara.

SAMM tanpa berselindung berbangga dengan keterampilan dan keberanian Ultras Malaya.

SAMM yakin tindakan Ultras Malaya bukan ditujukan kepada pasukan kebangsaan bimbingan Ong Kim Swee.

Ia menifestasi dari ‘kesamsengan’ FAM yang tidak berganjak daripada kepimpinan sedia ada, khususnya jawatan utama.

SAMM juga menasihatkan Datuk Seri Subahan agar lebih berpandangan terbuka dan mengkaji secara menyeluruh kejadian yang telah berlaku.

SAMM sentiasa berada di belakang Ultras Malaya dan menyokong sebarang usaha untuk menukar-ganti Presiden FAM kepada sosok yang lebih berkaliber demi sukan bolasepak tanahair. Cukup-cukuplah 30 tahun berada di tahta.

Percayalah bahawa tiada lagi suar dan bom asap yang akan dilontarkan oleh Ultras Malaya ke dalam padang sekiranya presiden FAM benar-benar meletakkan jawatan. Sekian.

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.