Home » All Post, Headlines, Kelantan, SAMM

SAMM Kelantan: Kuburkan BN di Pengkalan Kubor

Submitted by on September 14, 2014 – 1:11 PMNo Comment

Kenyataan Akhbar
13 September 2014

Kuburkan BN di Pengkalan Kubor

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan melihat satu perkembangan yang sangat positif bilamana PKR dan PAS mencapai persetujuan bersama dalam menentukan calon Pakatan Rakyat di kerusi Dun Pengkalan Kubor.

Ini sekaligus memberi tamparan paling hebat kepada BN. BN sangat mengharapkan pertengkaran itu akan terus berpanjangan.

Hari ini di penamaan calon kelihatan jentera PKR sendiri turun membantu calon Pas yang bakal bertanding.

Ini juga memberi signal yang cukup kuat kepada regim BN bahawa dakyah dan usaha mereka memecahkan pakatan rakyat terkubur.

Perlu diingatkan, perpaduan dan kerjasama yang erat ini akan sentiasa dicemburui oleh BN untuk melihat hancurnya Pakatan Rakyat.

Kemenangan pilihanraya ini juga mampu memberi petunjuk yang jelas kepada BN bahawa rakyat benar benar tertekan dengan segala macam kenaikan yang mendera rakyat.

prk-dun-pengkalan-kubor2

Rakyat dan pengundi Pengkalan Kubur di ingatkan betapa perlu menjadikan Pengkalan kubur ini sebagai undi protes. Menyokong BN beerti menyokong gst,menyokong penindasan royalti dan menyokong kenaikan harga barang.

SAMM Kelantan sendiri akan turun membantu secara bersungguh sungguh dan akan bersedia berada di barisan hadapan dalam menguburkan BN.

Ayuh kita bersama menguburkan BN di Pengakalan Kubur.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.