Home » All Post, Headlines

Kisah Perjuangan Adik Aqil Mendapatkan Bantuan Kewangan Rawatan Jantung Bahagian I

Submitted by on October 17, 2014 – 3:47 PMNo Comment

Kisah Perjuangan Adik Aqil Mendapatkan Bantuan Kewangan Rawatan Jantung

Oleh ComradeAAA

Bahagian I

Sebelum ini saya telah menulis karangan ringkas kisah anak kepada teman saya yang berusia 2 minggu yang dilahirkan dengan jantung terbalik. Kisah tersebut berlaku sekitar 5-6 tahun lepas.

Kali ini saya ingin berkongsi kisah adik Mohd Aqil Rida dimana SAMM Johor juga terlibat membantu mencari bantuan kewangan membiayai rawatan adik ini juga di IJN. Mohd Aqil Rida ketika ini baru berusia 7 tahun. Dilahirkan bukan dalam sebuah keluarga yang kaya raya. Namun, takdir Allah mengatasi segalanya, Aqil mengalami penyakit jantung sejak dari hari pertama dia berada di dunia ini.

Sewaktu berusia 8 bulan, adik Aqil telah pun membuat pembedahan kali pertama yang menelan belanja RM 15,000. Si ayah terpaksa bergolok gadai dan menjual lembu untuk mendapatkan perbelanjaan biaya pembedahan anaknya. Mana mungkin si ayah akan berdiam diri hanya untuk melihat nyawa anak sendiri jadi pertaruhan.

Pembedahan pertama ini, si ayah tidak memohon bantuan mana-mana pihak kerana tidak mengetahui tentang Baitulmal dan JKM. Inilah akibat kalau Baitulmal dan JKM hanya duduk di pejabat indah berhawa dingin dan tidak keluar mencari orang yang memerlukan bantuan. Segala pembiayaan dilakukan sendiri walaupun sukar dan sulit sekali.

Selepas pembedahan pertama, adik Aqil perlu membuat pemeriksaan dan rawatan susulan di IJN yang melibatkan kos rawatan antara RM700 hingga RM1300 setiap bulan semenjak dari usia adik Aqil 8 bulan sehingga 2 tahun. Bayangkan berapa banyak perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga ini? Bagaimana tertekannya si ayah dan si ibu untuk mencari wang perbelanjaan begini?

Derita keluarga adik Aqil tidak terhenti setakat pembedahan pertama sahaja. IJN mengatakan adik Aqil perlu membuat pembedahan kedua. Nah, kali ini kos pembedahannya lebih tinggi daripada kali pertama. Kos pembedahannya sahaja menelan belanja RM 34,000.

Dan sebelum membuat pembedahan kedua di IJN, adik Aqil perlu membuat temujanji dan pemeriksaan kesihatan di IJN yang menelan belanja sehingga RM 5000. Ini juga perlu ditanggung sendiri oleh keluarga adik Aqil.

Bayangkan kita yang berada di tempat ayah dan ibu adik Aqil ini. Apa perasaan kita?

Bahagian II akan menceritakan kisah adik Aqil dan agensi bantuan kebajikan pula….

sumbangan kepada pesakit jantung 2

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.