Home » All Post, Headlines, SAMM

Kisah Perjuangan Adik Aqil Mendapatkan Pembiayaan Rawatan Jantung Bahagian II

Submitted by on October 20, 2014 – 3:57 PMNo Comment

Kisah Perjuangan Adik Aqil Mendapatkan Pembiayaan Rawatan Jantung

Bahagian II

Genap umur adik Aqil 2 tahun, dia terpaksa dibedah lagi. Keluarganya tidak kaya. Mereka telah bergolok bergadai segala harta benda untuk menampung kos pembedahan pertama. Di mana mereka boleh mendapatkan wang untuk pembedahan kedua? Kos pembedahan kedua menelan belanja RM 34,000.

Setelah diberitahu mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh agensi kebajikan, keluarga adik Aqil memohon bantuan daripada Baitulmal Batu Pahat. 2 hingga 3 bulan si ayah turun naik ke pejabat Baitulmal. Tujuannya hanya satu adalah untuk mendapat perhatian daripada pihak Baitulmal berhubung penderitaan anaknya.

Akhirnya, di atas rasa penuh kasih dan ikhsan terhadap nasib si adik kecil dari keluarga susah yang menghidap penyakit jantung ini, Baitulmal Batu Pahat dengan begitu murah hati sekali menghulurkan bantuan sebanyak RM 100 sahaja.

Ya, hanya RM 100 sahaja. Itu pun untuk sekali sahaja. Duit BR1M yang diberikan kepada golongan bujang pun lebih banyak daripada bantuan kebajikan buat adik Aqil yang menderita sakit jantung ini. Itu pun kita yang sihat ini dah merintih, tidak tertahan rasanya kenaikan kos sara hidup. Ironi kan?

Keluarga adik Aqil juga pernah memohon bantuan di JKM Batu Pahat. JKM Batu Pahat memberikan mereka 3 pilihan jenis bantuan, melalui media, kutipan derma atau diuruskan oleh JKM.

Akhirnya, si ayah memilih untuk diuruskan oleh JKM. Apa yang penting di benak si ayah adalah keselamatan dan kesejahteraan adik Aqil.

Namun, menunggu respons balas daripada pihak JKM selepas permohonan di buat adalah seumpama menunggu ayam jantan bertelur. Sehinggalah pada satu hari, si ayah membawa adik Aqil ke kedai runcit untuk membeli kelengkapan harian.

Takdir Allah menemukan mereka dengan seoeang tua berbangsa Cina. Ya, berbangsa Cina. Si tua itu memandang adik Aqil penuh kesayuan. Rasa simpati bersarang dalam diri si tua itu, lantas ditanyakan tentang keadaan adik Aqil.

Si tua cina itu bertanya mengapa keluarga adik Aqil tidak memohon bantuan Baitulmal atau JKM. Jawap si ayah, mereka sudah pergi namun tiada maklum balas setelah permohonan di hantar ke JKM. Bantuan Baitulmal pula hanya RM100, itu pun one-off saja.

Lalu, si tua tadi dengan sukarela mengesyorkan permohonan bantuan JKM di buat melalui satu Persatuan Cina di bawah MCA. Kemudian, beberapa orang wakil dari MCA telah berkunjung ke rumah adik Aqil untuk melihat keadaannya dan mencari kepastian kebenaran kisah adik Aqil ini.

Dan wakil-wakil MCA ini berjanji akan menguruskan permohonan dengan pihak JKM. Tidak lama selepas itu, barulah bantuan JKM diluluskan sebanyak RM 300 setiap bulan. Syukur juga, bantuan ini dapat membantu meringankan dan menampung perbelanjaan rawatan susulan di hospital setiap bulan.

Namun yang saya kesali adalah mengapa perlu menunggu wakil-wakil parti politik masuk campur barulah agensi Kerajaan seperti JKM mahu meluluskan permohonan? Tidakkah JKM sedar bahawa penyakit jantung ini antara penyakit yang sering membunuh rakyat kita? Mengapa tidak disegerakan bantuan ini?

Sebaik sahaja adik Aqil dimasukkan ke IJN buat kali yang keduanya, soalan pertama yang ditanya, sama juga semasa kes teman saya dahulu, bagaimanakah pihak waris akan membayar kos pembedahan ini? Wah, IJN tidak pernah berubah. Wang menjadi asas sama ada nyawa anda akan diselamatkan atau tidak.

Keluarga adik Aqil meminta bantuan dari JKM untuk membantu membiayai kos pembedahan kali ini. JKM meletakkan syarat agar keluarganya membayar sejumlah RM8000 dan baki selebihnya akan ditanggung oleh JKM.

Entah dimana keluarga adik Aqil mencari RM 8000 ini. Saya tidak sampai hati untuk menyelongkar perkara ini. Pengalaman lalu membataskan kehendak hati saya untuk melanjutkan pertanyaan.

Selesai pembedahan kedua, adik Aqil diminta untuk membuat pemeriksaan dan rawatan susulan di IJN setiap bulan. Kos yang ditanggung adalah antara RM700 – RM 1300 sebulan selama 3 tahun. Mujurlah ada bantuan bulanan JKM yang berjumlah RM300 dapatlah meringankan beban keluarga ini.

Alangkah baiknya jika Baitulmal dan KPJ yang mempunyai kekuatan kewangan dapat membantu membiayai pembedahan adik Aqil ini tanpa perlu keluarganya membayar RM 8000 itu, sudah pasti jumlah wang itu dapat digunakan untuk belanja rawatan susulan dan juga perbelanjaan harian keluarga mereka.

Namun apakan daya, adik Aqil dan keluarga bukanlah siapa-siapa. Bukan selebriti dan bukan orang yang rapat dengan orang-orang politik. Malah, jika si tua cina itu tidak dipertemukan dengan adik Aqil ini, tidaklah kita ketahui bagaimana susahnya kisah ini.

Bersambung….

Bahagian III kisah adik Aqil dipertemukan pula dengan SAMM Johor dan pembedahan ketiga yang bakal dijalaninya.

image1

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.