Home » All Post, Headlines

SANTAI: Salah Faham

Submitted by on October 9, 2014 – 2:01 PMNo Comment

Tulisan Santai
9 Oktober 2014

SALAH FAHAM

Bulan Ramdhan 2 tahun lalu, aku ke kedai untuk membeli akhbar Sinar Harian. Aku jarang membeli akhbar. Semenjak adanya internet, aku baca semua berita melalui online. Pertamanya aku merasa berita yang tersiar di akhbar sudah ketingalan zaman. Keduanya, aku mual dengan isinya. Kebanyakannya membodek selain iklan yang terlalu banyak.

Oleh kerana aku malas nak turun motor, aku meminta seorang pembeli yang turut sama membeli akhbar menghulurkan akhbar kepadaku. “Syeikh, tolong ambil Sinar Harian satu”. Dia menjenggilkan mata kepadaku. Muka macam nak marah. Aku konfius.

Dia kemudian menjawab ” Semula kalau nak mintak tolong, cakap baik-baik. Jangan main-main heh heh begitu. Aku ada nama. Jangan jadi kurang ajar”. Lama aku senyap, di mana kurang ajarnya perkataan aku tadi. Oh dia silap dengar. Dia ingat aku panggil dia heh, padahal aku panggilnya syeikh,

Kemudian dia pergi meninggalkan kedai itu sambil membebel. Aduh, nasib baik bulan puasa, Mahu aku sepak rasanya. Dia tuli, kata kat orang pula kurang ajar, Aku mengumam.

Pagi ini, sedang aku lepak di kedai akhbar kawan aku itu,( Salman Ismail ) dia datang membeli akhbar, Datang dan menghulurkan salam. ” Raya dulu. Maaf belaka deh, kosong-kosong” Serasa kemarahan 2 tahun lepas gugur kesemuanya.

Selepas kejadian itu, aku dan dia hampir tak boleh bertikam bayang. Mungkin masing-masing keras. Tapi pada pilihanraya yang lepas, kami banyak waktu bersama. Dia aktivis Pas yang agak tegar di Mahligai manakala aku yang mengemudi parlimen Bachok kerap bertemu. Kami masih tak bertegur sapa walau berkerja bersama. Namun bibit percantuman kami banyak berlaku kerana musim pilihanraya baru ini.

Akhirnya hari ini kami bersalaman. Aku yakin, ia adalah penamat kepada persengketaan kami. Ayuh, hulurkan salam anda. Banyak sebab untuk kita bersatu. Salah satunya melawan kezaliman. Salam kosong-kosong!

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

logo samm

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.