Home » All Post

Tulisan Santai: URUTAN KASIH SAYANG

Submitted by on October 31, 2014 – 6:29 PMNo Comment

URUTAN KASIH SAYANG

Di kampung saya ada seorang tukang urut. Allahyarhamah Moksu Lijah. Beliau meninggal 5 tahun lepas. Beliau merupakan bidan kampung. Moksu Lijah sangat terkenal dan dianggap sebagai “King” dikalangan tukang urut.

Selepas kematiannya, saya menghadapi masalah untuk mencari tukang urut untuk isteri saya. Beberapa orang tukang urut yang dicubanya akhirnya menemui jalan buntu.

Sakit semasa diurut atau selepas diurut. Ada yang menyebabkan demam urat. Puas saya bertanya dan mencarinya sehingga sekarang masih belum menjumpainya.

Ketiadaan tukang urut ini juga menyebabkan isteri saya keberatan untuk mengandung. Sedangkan saya memerlukan anak perempuan.

Beberapa hari yang lepas, isteri saya demam urat. Saya tiada pilihan lain. Ambil minyak ubat dan mula mengurut isteri saya. Kerana tidak pandai, saya hanya mengurut perlahan-lahan. Saya mengurut sambil membaca novel the broker oleh John Grisham.

Anda tahu, novel itu separuh saya habiskan sambil mengurut. Dan isteri saya cukup berpuas hati. Dia menyamakan urutan saya dan Moksu Lijah.

Rupa-rupanya bukan susah untuk mengurut ni. Kita hanya perlukan kelekaan. Oleh itu saya menyarankan anda mengikut jejak saya. Semalam saya sudah mula membaca buku baru. Hati Seorang Wanita oleh S. Othman Kelantan. Hampir suku buku itu sudah habis dibaca.

Pagi ini, isteri saya bangun dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya sambil berkata “Abangla Moksu Lijah yang hilang itu”

Hati saya berbunga. Tahun depan dapat anak perempuan kot!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.