Home » All Post, Kelantan

Tulisan Santai: Anak Muda Dan Politik

Submitted by on November 10, 2014 – 6:34 PMNo Comment

logo samm

Anak Muda Dan Politik

Kelompongan yang di tinggalkan oleh generasi dahulu dan sekarang amatlah berbeza bila dilihat daripada kaca mata anak muda sekarang dan akan datang terhadap politik.

Hampir semua kita bersetuju, politik akan datang adalah sebuah dimensi baru. Anak muda pada hari ini melihat cara politik dahulu hanyalah sekadar entengan. Politik yang penuh seteru dan kacau-bilau, porno, penipuan dan segala jenis yang merosakkan.

Ini berlaku untuk sebuah kuasa. Bagaimana kepentingan dan hak dinafikan sembrono. Ia dijadikan batu loncatan untuk mendapat kemewahan yang tak terjangkau oleh kuasa minda.

Saya suka menamakan politik akan datang dengan politik murni. Bagaimana politik murni ini?

Politik murni ialah politik yang hanya  lahir dari jiwa yang murni. Jiwa yang melihat tanggungjawab yang diberikan dipikul dengan penuh dedikasi. Persoalan-persoalan remeh dan melibatkan kepentingan rakyat terbanyak di selesaikan dengan kolektif tanpa mengira aliran dan warna parti.

Kita hanya berjaya memenangi pilihanraya hanya kerana kerja baik kita, tanggungjawab yang berterusan serta menganggap semua pihak termasuk musuh politik kita sebagai sama.

Kita tidak memenangi pilihanraya kerana kejahatan, kerana politik wang, kerana kelucahan yang melampau.

Anak muda juga sangat berharap, usaha mencapai negara maju dengan elemen-elemen yang amat perlu seperti kebersihan, jurang pendapatan yang tidak jauh,perwatakan budiman serta tidak dilupakan pengekalan hijau alam amat dititik beratkan.

Media antara perkara pokok yang sangat besar dalam mencapai target ini. Media haruslah dilihat lebih terbuka dan melaporkan kebenaran. Tiada lagi kelebihan kepada pemerintah dan di masa yang sama pembangkang di pinggirkan.

Perang terhadap rasuah hendaklah menjadi perkara utama. Sebagaimana perang terhadap.najis dadah. Mungkin denda yang perlu ialah sampai ke tahap hukuman mati. Ini bukan perkara yang harus dibiarkan kerana ternyata rasuah begitu membarah di negara ini.

Perlu juga saya menegaskan, ramai anak muda sekarang melihat suasana politik hari ini umpama melihat badut-badut sarkas di sebuah pesta. Mereka mentertawakan dan menganggap politikus sekarang sepertinya mempunyai kesamaan.

Ini adalah kesilapan. Politik kita sangat tidak murni dan memberansangkan. Sedang di negara-negara maju anak muda berbangga menggalas tugasan politik dan bergerak dengan penuh keazaman.

Saya percaya, kita mampu untuk pergi ke arah itu. Saya juga berkeyakinan jika radar politik kita di arahkan dan diseleraskan kembali, ia mampu merubah masa depan kita.

Sekali lagi, saya tegaskan politik murni adalah ubat kepada segala penyakit ini dan anak muda akan kembali menjadi penggalasnya.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.