Home » All Post, Kelantan

Tulisan Santai: SI TUKANG ‘REVIEW’ MAKANAN

Submitted by on November 10, 2014 – 6:33 PMNo Comment

SI TUKANG ‘REVIEW’ MAKANAN

Kuasa review makanan sebenarnya cukup besar bagi industri makanan di dunia. Kalau anda pernah menonton cerita Ratatouille, bagaimana seekor tikus membantu seorang chef yang baru naik untuk mencipta makanan.

Akhirnya makanannya mendapat review yang baik daripada tukang review.

Semalam saya menonton cerita The Hundred-foot Journey. Sekali lagi saya digambarkan bagaimana review makanan tersangat penting dalam industri ini.

Filem arahan Steven Spielberg ini menceritakan bagaimana sebuah keluarga India yang cuba bertapak dalam industri makanan di France.

Seperti yang kita tahu, citarasa India cukup jauh bezanya dengan lidah France namun berkat review yang baik daripada tukang review menjadikan akhirnya restoran mereka berjaya.

Hari ini saya mahu cuba menjadi tukang review sebagaimana amalan tukang review di negara-negara maju tersebut. Saya sangat berharap review saya yang tidak seberapa ini bakal membantu restoran kawan saya.

10 tahun lepas, ketika kali pertama menjejakkan kaki untuk mengerjakan haji, saya bertemu dengan seorang jemaah haji dari Pakistan. Hassan namanya.

Hassan seorang penjual kereta di Pakistan. Perhubungan kami menjadi akrab kerana Hassan pandai berbahasa Inggeris. Setiap malam, biasanya kami lepak di Wadi Khalid.

Wadi Khalid sebenarnya sebuah kedai runcit milik Khalid. Warga Yaman. Selain menjual barangan runcit, Khalid juga menjual Shai. Shai ialah teh.

Saya yang menamakan tempat itu sebagai wadi Khalid. Ia dipersetujui semua.

Banyak perkara kami bincangkan bersama. Politik, ekonomi, budaya,makanan dan apa saja. Hassan seorang yang sangat baik.

Suatu hari Hassan mengundang saya ke rumahnya. Dia mahu menjamu saya dengan masakan terbaik pakistan. Nasi beriani kambing. Ia resepi original daripada Pakistan.

Anda tahu, saya tidak pernah merasa nasi beriani sesedap itu. Saya seorang yang mementingkan keoriginalan dalam makanan.

Apa makna original? Jika diundang untuk memakan laksa di Kelantan, anda biasanya akan dihidangkan dengan dua jenis laksa. Pertama laksa lemak  Kelantan dan kedua laksa Penang.

Laksa Penang yang dihidangkan itu sebenarnya tiada lansung ciri laksa Penang di Penang. Ia telah direka tambah menjadikan ia tidak sedap dan yang paling penting hilang ke Originalannya.

Saya tidak akan menjamahnya kerana ia tidak menepati prinsip saya tentang originalnya.

Beberapa bulan yang lepas, saya bertanyakan Ustaz Azarizal di mana beliau menempah makanan yang saya pernah makan semasa kenduri aqiqah anaknya, Amjal.

Dia mencadangkan saya mencuba nasi beriani di kedai kawannya. Saya akhirnya tahu bahawa kawannya itu ialah kawan baik saya dahulu. Cantikkan Allah mengatur balik pertemuan kami.

Eyo Daffodill adalah penyanyi utama kumpulan Daffodil satu waktu dahulu. Bersama jeli Daffodil dan beberapa rakannya. Anda yang pernah berada di zaman itu tentu masih mengingatinya. Kini Eyo membuka kedai makan. Menu utamanya ialah nasi beriani.

Saya mencubanya pertama kali, saya merasakan kehilangan nasi beriani kambing Hassan di Mekah 10 tahun lalu telah kembali.

Dengan rasa original Pakistan, ia adalah menepati rasa sedap yang kena dengan jiwa saya. Anda boleh mencubanya, malah saya menyarankan anda mencubanya.

Kedainya bersebelahan dengan bangunan UMNO di Kota Bharu. Nama kedainya Sixteen Bistro 16. Biarkan perut anda sedikit lapar dan biarkan rasa anda menentukan saranan saya ini.

Nasi beriani kambing berharga RM13 dan nasi beriani ayam berharga Rm8. Anda boleh menghubungi Eyo untuk lain-lain perkara. 019-9048579.

Saya rasa, anda juga boleh mengambil pelajaran daripada review ini dalam membantu kawan-kawan anda melariskan jualannya. Cuma saya nasihatkan anda buatlah dengan cara yang betul. Review anda hendaklah tepat dan bukannya menipu.

Kita ada medium yang baik seperti Facebook untuk membantu mereka. Insha Allah, ada ganjarannya daripada yang Maha Esa.

TheHjOsaMa®

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.