Home » All Post

ADIK IZHAR HARUS DI BANTU!

Submitted by on December 24, 2014 – 6:53 PMNo Comment

ADIK IZHAR HARUS DI BANTU!

Beberapa hari lepas, saat gelombang pertama banjir di Kelantan, saya dan  Unit Amal diketuai oleh Ustaz Ahmad Marzuk Shaary ke Kampung Pelunggor di Alor Bakat. Kami berjaya mengharungi air bah sedalam paras pinggang untuk menyampaikan bantuan.

Saya berjumpa dengan seorang pelajar yang akan ke sekolah menengah tahun hadapan. Berbual dengannya, dia menyatakan bahawa dia telah mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini. Namanya Izhar. Dia adalah salah seorang antara tiga calon yang berjaya mendapat 5A di sekolahnya.

Izhar sendiri menyatakan kepada saya bahawa dia amat berminat untuk ke asrama penuh. Saya terbayangkan anak saya, Muhammad Adam. Saya meletakkan situasi sebegitu pada anak saya.

Namun, menurut Izhar dia yakin ayahnya tidak akan mampu untuk menghantarnya kerana faktor kemiskinan mereka. Menitis air mata saya!

Saya jemput ayahnya dan Izhar ke rumah untuk berbincang mengenai masa depan Izhar . Saya terangkan kepentingan Izhar ke asrama penuh atau Maktab Rendah Sains Mara dan akan cuba membantu sedaya mampu.

Hari ini 23/12/2014, keputusan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh boleh disemak. Selepas semakan, ternyata Izhar telah berjaya ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Saya menghubungi ayahnya, memaklumkan berita gembira itu, namun seperti yang saya jangka ayahnya agak keberatan. Alasannya, dia tidak mampu. Akal saya berfikir pantas, perlu dilakukan sesuatu untuk anak ini.

Saya hubungi Chegu Bard dan meminta beliau menolong anak ini. Ini kerana Chegu Bard berada di Negeri Sembilan.

Perancangan saya, mereka akan saya belikan tiket bas. Sesampai mereka di Seremban, Chegu Bard akan menjemput mereka dan membawa mereka untuk urusan pendaftarannya di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar pada 7 Januari 2015.

Chegu Bard bersetuju. Saya telah maklumkan kepada ayahnya tentang rancangan itu dan bercakap sendiri dengan Izhar dan dia terlalu ingin ke asrama penuh itu. Akhirnya ayah Izhar akur. Alhamdulilah.

Di sini saya dengan rendah hati memohon, jika ada sesiapa mahu menderma kepada Izhar( yuran pendaftaran, peralatan sekolah, duit saku dan sebagainya) bolehlah menghulurkan bantuan kepadanya.

Harapan saya juga jika ada badan tertentu yang dapat membantu menaja pembelajarannya nanti.

Izhar mungkin salah seorang antara pelajar yang cemerlang, namun kerana masalah kewangan, Izhar mungkin tidak dapat berada di tempat yang sepatutnya tanpa bantuan kita semua.

Sumbangan untuk adik Izhar boleh dibuat ke akaun Maybank SAMM: 555041113224
Solidariti Anak Muda Enterprise atau  terus ke akaun bsn Izhar Bin Zainuddin:03114-41-00002559-1

Sila hubungi saya untuk memudahkan penyelarasan bantuannya nanti : Hj Joe/ Hj Osama : 019-9317608/018-9121608.

Semoga bantuan itu nanti memberi keazaman kepada Izhar untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan membantu keluarganya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Kata-kata Izhar masih tergiang-giang di telinga saya ” Bang, saya akan belajar bersungguh-sungguh sehingga ke universiti luar negara kerna saya yakin, hanya itu cara untuk saya membawa ayah dan ibu saya melawat negara orang pada hari konvokesyen saya nanti”.

Sekian.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.