Home » All Post, Headlines, SAMM

Dr.Mahathir berjasa pada negara tetapi kemusnahan yang diwariskan kepada kita juga besar, cukuplah dan berhentilah

Submitted by on December 24, 2014 – 11:38 AMNo Comment

mahathir najib

Kenyataan Terbuka
24 Disember 2014

Dr.Mahathir berjasa pada negara tetapi kemusnahan yang diwariskan kepada kita juga besar, cukuplah dan berhentilah

1.      Watak Tun Dr Mahathir Bin Mohamad adalah watak istimewa yang berada pada semua zaman era pemerintahan. Menyelak sejarah dari Zaman Tunku Abdul Rahman hinggalah ke yang terbaru era Datuk Seri Najib Tun Razak peranan beliau sentiasa terakam. Persoalan yang paling penting ialah apa peranannya dan kepentingannya dalam menjatuhkan semua pemimpin tersebut  ?

2.      Kini sekali lagi Dr. Mahathir bersuara dengan keras dan lantang diikuti dengan Tun Daim dan diiringi oleh juak juak pengampunya atau yang terpesona dengan kritikannya.

3.      Jujur dari penelitian banyak pihak Najib Razak tidak akan bertahan menghabiskan penggal ini jika gagal menangani kritikan keras yang diterokai oleh Mahathir ini. Umum tidak boleh lupa ketika era Najib menjadi PM bukan sekali Dr. Mahathir melontar kritikan kepada Najib. Dr. Mahathir bising dan senyap beberapa kali.  Pasti kita tertanya mengapa ?

4.      Kita harus tidak melupa Dr. Mahathirlah yang mengkritik Tun Abdullah Badawi dan memberikan tekanan tanpa henti  sehingga Abdullah Badawi dimalukan terpelanting dari puncak kuasa sebegitu rupa. Namun dalam era Najib Razak ia berbeza kerana ia kelihatan Dr. Mahathir bising dan senyap kemudian bising dan senyap dan kini bising semula dengan lebih garang. Ini kerana mungkin Najib belajar banyak dari Abdullah Badawi. Ketika di era Abdullah Badawi , Dr. Mahathir langsung tidak dipedulikan penasihat Abdullah ketika itu yang dikatakan kelompok muda yang diberikan kedudukan istimewa dikepalai Khairy Jamaluddin mengambil pendekatan bermusuh dengan Mahathir. Najib berbeza dia memberi laluan banyak kepada Mahathir termasuk menjadikan anak Mahathir sebagai Menteri Besar. Mahathir bising Najib beri maka Mahathir diam sekejap, tetapi sampai bila pentadbiran negara hanya berkisar kepada memuaskan hati Mahathir dan kawan – kawanya semata. Jika Mahathir dilayan maka tak ada rasuah atau salah guna kuasa, itu teorinya.

5.      Jika Mahathir nak bercakap soal kronisma dan peluang, soalnya berapa ramai anak Melayu diberi peluang menyapu berbilion (ada mengatakan angka menjangkau RM3billion) projek dibawah Petronas. Tanpa membela apa yang berlaku dalam 1MDB tetapi Mahathir juga perlu menjawab bagaimana dia menggunakan kuasanya melahirkan IPP yang dilihat lebih merupakan kini skim pencen kepada dia dan kawan – kawanya. IPP kini menjadi punca antara masalah besar pengurusan subsidi dan industry tenaga dalam negara.

6.      Yakinlah Mahathir akan diam jika Najib Razak menurunkan RM3B kepada beliau yang kini menjadi kepala kepada Proton. Persoalanya kenapa negara perlu terus sakit kerana projek idea gagal Mahathir yang menjerut negara ini ? Proton bukan GLC negara pun.

7.      Menyelurusi sejarah Mahathirlah yang telah menjahanman banyak aspek negara. Jangan lupa bagaimana dia memulakan kecelaruan dengan melakukan rombakan perlembagaan beberapa kali, dialah yang memperkosa sistem kehakiman dalam memenuhi nafsu politiknya, dialah yang yang memulakan banyak tradisi kecelaruan dalam negara. Dia menggunakan istana bila diperlukan dan menghina Istana bila kuat dan bertembung kepentingan. Dialah yang banyak menggadai kepentingan Melayu sebaliknya dialah yang menggunakan nama Melayu bila mendepani musuh politiknya.

8.      Tanpa menafikan sumbangan Mahathir pada negara tetapi dia juga terbeban dengan banyak punca kemusnahan dalam negara. Sekarang dia mahu game Im holier than you. Mahathir tidak layak !

9.      Ketika era permerintahan Dr. Mahathir ramai anak Malaysia berpotensi besar dijahanamkan kerana bertembung dengan nafsu Mahathir. Sekadar menyebut beberapa nama Tan Sri Ani Arope antara pemikir bijak tersingkir dari kedudukan penting hanya kerana mempertahankan kepentingan rakyat menolak IPP dan jelas kini IPP menjadi antara masalah utama negara. Tun Salleh Abas antara Hakim yang integrity tinggi mempunya penghormatan diperingkat antarabangsa tetapi disingkir hanya kerana nafsu politik Mahathir. Itu belum masuk cendiakawan yang akhirnya mencipta nama diperingkat antarabangsa tetapi meninggalkan negara hanya kerana tidak sebulu denganya. Jika disenaraikan jawatan kecil dan besar jumlahnya pasti beribu. Ini kerugiaan tidak berganti.

10.  Zaman Mahathirlah politik jijik termasuk menyerang peribadi seteru politik dengan cara paling hina berlaku. Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat memahami perkara ini kerana dialah mangsa buli politik paling kejam dalam sejarah negara yang dibawa Mahathir.

11.  Pembangkang khususnya Pakatan Rakyat mungkin kini sedang berseronok menggunakan isu Mahathir menyerang Najib. Ramai yang memikirkan, mereka menggunakan Mahathir dalam menjatuhkan Najib. Tetapi mereka tidak sedar hakikatnya Mahathir yang sedang menunggang mereka bagi melengkapkan nafsu rakusnya di hujung usia. Ini sememangnya skill politik Mahathir ketika mahu melengkapkan percaturan politiknya dia akan menggunakan apa saja termasuk musuhnya. PAS seawal dari era Tunku Abdul Rahman bangga Mahathir menggunakan pentasnya menyerang Tunku tetapi ia hanya sementara selepas lengkap cita citanya maka PAS kembali digodam. Ketika menyerang dan membunuh di Memali Mahathir tidak pernahpun ingat dia pernah menggunakan pentas PAS.

12.  Ingat kita pernah menyerang Abdullah Badawi bersama Mahathir hasilnya Abdullah disingkirkan tetapi Umno (sila baca kelompok Mahathir khsusnya Daim dan kuncu) terus kukuh dan Pakatan Rakyat terus dihimpit. Kenapa perubahan total masih tidak diperolehi ? Ia kerana imej perubahan itu diterajui oleh Mahathir dan kelompoknya, PR hanya mengikuti dari belakang. Jika sekali lagi kita terperangkap diperkuda Mahathir untuk pusingan kali ini maka PR hanya layak sekali lagi selaku pembangkang yang kuat. PR harus berdepan dengan Najib dalam pilihanraya akan datang, membongkar kebobrokan dan mengutara cadangan pembaikan diteruskan…tetapi perlu berhati – hati jangan diperkuda Mahathir dengan melupakan dosa Mahathir pada negara.

13.  Yakinlah masalah dalam negara tidak akan selesai selagi Mahathir masih dilayan sebagai watak istimewa dalam negara ini.

14.  Saya bercakap soal kepentingan kelansungan negara ini. Inilah masanya beberapa watak penting yang dibuli Mahathir bergabung mematikan kerakusan nafsu politik Mahathir dan kuncunya dan memulakan lembaran baru Malaysia. YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YBM Ku Li, Tun Abdullah Badawi, Tun Musa Hitam dan Tun Salleh Abbas dan ramai lagi harus tampil bersama mematikan gerakan Mahathir ini. Najib Razak pula kena buang egonya, kamu hanya produk legasi kemusnahan sistem warisan Dr. Mahathir. Najib Razak ini masanya kamu dan Anwar, Ku Li, Abdullah Badawi, Musa Hitam, Salleh Abbas dan beberapa nama besar mangsa buli politik Mahathir duduk bersama mendepani Mahathir, Daim dan kuncunya.  Kemudian berdepanlah semula dengan gentleman sebagai seteru politik.

15.  Saya bersama teman – teman dalam PKR, PR dan beberapa NGO termasuk SAMM sedang mengusahakan untuk menganjurkan satu persidangan meja bulat melibatkan banyak pihak membincangkan isu Ya Mahathir berjasa pada negara tetapi kemusnahan yang diwariskan kepada kita juga besar, cukuplah dan berhentilah.

16.   Akhirnya saya ingin bertanya pendirian Khairy Jamaluddin yang merupakan menantu kepada Andullah yang pernah disingkir dan dimalukan hasil gerakan Mahathir apa pendiran anda, adakah anda mahu bersama dalam menghentikan legasi politik celaru Mahathir ini ? Kepada YAB Menteri Besar kedah ya betul kamu naik kerana bapa kamu, tetapi kini apa pendiran kamu dalam isu Mahathir menyerang Najib ini ? atau kamu sedang memerhati tanpa pendirian ?

Sekian

Che’GuBard
Pengasas SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.