Home » All Post

Henti Sementara Pembinaan LRT, Kaji Prosedur Keselamatan

Submitted by on December 25, 2014 – 11:58 AMNo Comment

LRT

Kenyataan Umum
25 Disember 2014

Henti Sementara Pembinaan LRT, Kaji Prosedur Keselamatan

Semalam berlaku lagi insiden runtuhan di tapak projek LRT yang mengakibatkan 3 pekerja binaan tertimbus di Puchong. Ini bukanlah kali pertama tetapi sudah 5 kali insiden seperti ini berlaku.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menuntut tindakan tegas daripada pihak Kementerian Kerja Raya untuk menghentikan sementara ke semua projek LRT dan MRT di sekitar Lembah Kelang. Prosedur keselamatan lokasi pembinaan perlu diteliti sebelum kerja-kerja ini diteruskan semula.

Berapa banyak lagi kemalangan jiwa yang perlu dikorbankan dengan sikap sambil lewa pemerintah ini? Adakah nyawa pekerja binaan ini sangat tidak berharga? Walaupun mereka bukan rakyat tempatan, apakah kita tidak perlu memikirkan mengenai nasib mereka?

Daripada projek yang bakal memberi manfaat kepada rakyat kini, telah berubah menjadi projek yang meragut nyawa dan pelbagai insiden runtuhan sejak tahun 2013 lagi. Dan kita terus menjadi buta, pekak dan bisu terhadap kontraktor yang mengabaikan keselamatan di lokasi pembinaan.

Sehubungan itu, SAMM mendesak Perdana Menteri dan Kabinet untuk segera ambil tindakan tegas terhadap kontraktor terlibat termasuklah menghantar pasukan pemeriksa dan menghentikan sementara semua projek ini sehingga selesai pemeriksaan prosedur keselamatan bagi mengelakkan terjadi lagi insiden kemalangan seperti ini.

Mohd Azif Mohd Aris
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.