Home » All Post, Headlines, SAMM

Kuala Lumpur Kota Jutawan Tidak Mencerminkan Hakikat

Submitted by on December 10, 2014 – 11:23 AMNo Comment

kuala lumpur mlm

Kenyataan Media
10 Disember 2014

Kuala Lumpur Kota Jutawan Tidak Mencerminkan Hakikat

Laporan Wealth Insight yang meletakkan Kuala Lumpur sebagai kota paling ramai jutawan tidak mencerminkan realiti sebenar ibu negara itu. Malah, Pemikir Kaum Muda SAMM berpandangan ia sebenarnya menunjukkan betapa jauhnya jurang kesenjangan pendapatan kaya dan miskin di ibu kota tersebut.

Wealth Insight meletakkan angka 13600 jutawan berada di Kuala Lumpur iaitu hanya lebih kurang 10% sahaja daripada jumlah populasi di Kuala Lumpur. Wealth Insight juga menyebut terdapat 26,000 jutawan dalam negara, juga pada kadar lebih kurang 10% daripada populasi keseluruhan negara ketika ini dengan jumlah kekayaan terkumpul bernilai RM 527 billion.

Secara tidak langsung juga, dapatan Wealth Insight ini juga mengesahkan kesenjangan pendapatan yang melebar antara lingkaran 10% kelompok mahakaya yang menikmati pulangan yang begitu besar manakala baki 90% terus kekal dalam kelompok sederhana dan rendah dalam hirarki ekonomi kapitalis ini.

Jurang kesenjangan pendapatan dan agihan kek ekonomi negara ini bukanlah sesuatu yang baik kepada struktur sosio-ekonomi negara. PKM SAMM berpandangan ia merupakan satu bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletus sahaja jika Kerajaan Pemerintah masih lagi tidak mempunyai pelan realistik untuk mengatasi perkara ini.

Jika dibiarkan membarah, kesenjangan ini pasti akan mengheret kelompok sederhana dan rendah ini ke arah satu keadaan kehidupan yang tertekan dan tertindas. Apa lagi menjelang tahun 2015 nanti dengan perlaksanaan GST, subsidi minyak yang telah dihapuskan, penurunan nilai ringgit, jangkaan kenaikan inflasi pasca GST dan sebagainya sudah pasti akan terus menghambat kocek kelompok sederhana dan rendah dalam hirarki ekonomi kapitalis.

Walaupun pelbagai dasar fiskal ekonomi digubalsejak Menteri Kewangan bertukar kepada Datuk Seri Najib Razak, namun secara realitinya Kerajaan Persekutuan masih lagi tidak dapat menyelesaikan perkara ini dengan tuntas.

Kegagalan dasar atas kertas rejim Menteri Kewangan, Najib Razak ini telah dibuktikan oleh dapatan Wealth Insight ini. PKM SAMM dengan ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk segera tampil dengan pelan yang komprehensif bagi mengatasi masalah ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.