Home » All Post

Puisi: ENGKAU DAN MEREKA, DI MANA BEZANYA?

Submitted by on December 30, 2014 – 6:48 PMNo Comment

Misi Banjir SAMM-773373

ENGKAU DAN MEREKA, DI MANA BEZANYA?

Ambil masa 10 minit,
Duduk dan fikir dengan akal dan jiwa yang paling dalam,
Anda bayangkan kemusnahan yang di alami oleh mangsa banjir,
Rumah mereka, kereta mereka, harta mereka malah nyawa mereka dan keluarga mereka.

Ada yang tinggal sehelai sepinggang .
Ada yang hilang keluarga malah ada yang hilang segalanya.

Bayangkan bagaimana mereka mahu bangkit kembali.
Bayangkan jika mereka hanya penoreh getah. Bayangkan jika ayah atau ibu mereka menjadi KORBAN.

Mereka perlu makan,
Mereka perlukan duit,
Mereka perlukan tempat tinggal,
Dan mereka ada anak sekolah yang perlu bersekolah.

Agak-agak anda bagaimanakah hidup mereka nanti?

Di saat GST akan bermula nanti,
Di saat harga barang melambung tinggi,
Di saat ringgit menjunam lagi,

Kemudian renung kembali tentang kita.
Apakah kita sanggup melihat mereka begitu sahaja.
Kita hanya berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa?
Kita hanya sibuk meronda melihat kemusnahan mereka?
Sambil ketawa…

Tenung wajah mereka seketika,
Apa warnanya,
Garis jenis apa di muka mereka,
Ada tak lagi garis gembira?

Bersyukurlah kita. Bantulah mereka.
Paling tidak berdoa,
Bukanya ketawa.

Saya amat berharap anda mengerti!!

Hj Joe
Bencana banjir Kelantan
30/12/2014

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.