Home » All Post, Headlines

Mencari Jawapan di “Forum Banjir: Suratan Atau Kebetulan”

Submitted by on January 26, 2015 – 5:10 PMNo Comment

2 x 5_samm

Kenyataan Media
26 Januari 2015

Mencari Jawapan di “Forum Banjir: Suratan Atau Kebetulan”

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama kumpulan NGO Aktivis dan Mahasiswa Kelantan dengan ini menjemput orang ramai untuk hadir ke sebuah forum berkisar bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Forum yang akan diadakan esok turut menampilkan ramai panelis dari pelbagai pihak terpenting dalam mencapai kongklusi dari setiap persoalan yang timbul.

Berikut adalah maklumat masa dan lokasi forum akan berlangsung;

Forum Banjir : Suratan atau kebetulan?
(Banjir, bencana, bala, balak, bantuan)

Tarikh: 27 januari 2015 (selasa)
Masa: 9-12mlm
Lokasi: Dewan LLG(dekat KLSCAH-dewan himpunan cina, sebelah Hotel Mirama), Kuala Lumpur.

Nombor untuk dihubungi: 0129781707 Dio Sani Samm

Anjuran : SAMM & Aktivis Kelantan(AK03) dengan kerjasama Mahasiswa Kelantan & Gabungan Cakna Mahasiswa (GCM)

Panelis:
1. Dr Liew Ju Neng  (Pensyarah dan Penyelidik Alam Sekitar UKM)
2. Ir Dato Fuad (Bekas Timb. Pengarah Saliran Malaysia)
3. Meor Razak (Sahabat Alam Malaysia)
4. YB Abd.Latiff Abd.Rahman (Timb.Speaker DUN Kelantan)
5. YB Siti Zailah Mohd Yusof (Ahli Parlimen Rantau Panjang)
6. Hj Joe (Penyelaras SAMM Kelantan)
7. Aduka Taruna (Aktivis AK03)
8. Makio Afix Ayob (Pengelola Bencana SAMM)
9. Khairooll Anuar Almegat (Pengelola Bencana SAMM)
10. Wakil Umno Kelantan

Moderator: (che’GuBard)”

SAMM menyeru agar semua pihak bersama panelia mengupas segala yang tak terungkai di atas pentas forum yang secara jujur dan terus terang.

Pengisian forum genre ‘talk show’ ini bakal mengupas punca berlakunya bencana banjir luar biasa, dan lebih penting ialah mengulas langkah-langkah proaktif bagi menghadapi bencana banjir pada masa dengan dengan lebih efektif.

Antara perkara yang bakal menjadi premis perbincangan merangkumi;
1. Punca banjir besar Kelantan dan beberapa negeri pantai timur (kenyir 2 atau balak atau takdir cuaca) ?
2. Mengendalikan krisis (benarkah banyak kelemahan atau ada unsur sabotaj?)
3. Bagaimana sumbangan rakyat disampaikan?
4. Apa harapan rakyat dan perancangan pasca bencana dan persedian pada masa hadapan ?

Apa yang bakal dipersembahkan dalam forum ini mungkin tidak pernah dilaporkan oleh media, maka inilah ruang terbaik lagi jujur untuk tatapan umum.

SAMM sebagai penganjur bersama berharap agar pihak media mengambil peluang dengan membuat liputan besar-besaran pada malam forum berlangsung.

Forum banjir ini juga merupakan satu sudut pandangan dari pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dengan bencana banjir kali ini, ia wajar diberi perhatian oleh semua pihak dan dihebahkan.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.