Home » All Post

Adakah SOP PDRM Membenarkan Sebaran Video Vokalis Dipaksa Menyanyi

Submitted by on January 22, 2015 – 1:02 PMNo Comment

zamani dipaksa

Kenyataan Umum
22 Januari 2015

Adakah SOP PDRM Membenarkan Sebaran Video Vokalis Dipaksa Menyanyi

Sangat mengejutkan apabila secara tiba-tiba video bekas vokalis kumpulan SLAM iaitu Zamani yang dipaksa menyanyi dalam keadaan duduk dan bergari tersebar. Walaupun beliau disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah, adalah tidak wajar video beliau dalam keadaan amat mengaibkan disebarkan secara meluas.

Ini tindakan yang amat memalukan apatah lagi didalangi oleh penguatkuasa undang-undang kita sendiri. Bagaimana rakyat hendak mempercayai kredibiliti anggota PDRM selepas ini.

Dalam masa yang sama identiti Sirul dan Azilah, bekas anggota UTK PDRM terus disembunyikan sehinggalah Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman, sehinggalah juga Sirul berjaya melarikan diri ke Australia tanpa disedari.

SAMM membantah keras tindakan menyebarkan klip video tersebut dan menggesa Ketua Polis Negara untuk menyiasat perkara ini. Adakah menyebarkan video OKT yang ditahan dipaksa menyanyi dalam keadaan bergari adalah merupakan satu tatacara operasi standard?

Jika Ketua Polis Negara gagal untuk bertanggungjawab dan memohon maaf serta mengambil tindakan tatatertib kepada anggota yang terlibat akan memberikan implikasi negatif kepada imej pasukan PDRM dan menunjukkan bahawa anggota PDRM gemar berhibur dengan menggunakan OKT yang ditahan.

Hadzril Ridzal Husin
Penyelaras SAMM Johor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.