Home » All Post, Headlines, Kelantan, SAMM

AIR KELANTAN SDN BHD(AKSB) PENAMBAH KESULITAN MANGSA BENCANA

Submitted by on January 3, 2015 – 6:50 PMNo Comment

air kelantan

kenyataan Akhbar
3 Januari 2014

AIR KELANTAN SDN BHD(AKSB) PENAMBAH KESULITAN MANGSA BENCANA.

Bencana yang melanda Kelantan 2014 merupakan antara yang terburuk dalam sejarah. Semua kita memaklumi akan perkara itu.

Selepas hampir dua minggu bencana yang melanda itu, sesetengah kawasan bergelap dan hampir keseluruhan kawasan tiada mempunyai air.

Rumah saya sendiri yang tidak terkena bencana masih tidak mempunyai air. Saya sangat hairan. Kemampuan AKSB dalam menangani krisis air adalah sangat teruk.

Kita faham, mungkin ada komponen AKSB rosak akibat bencana itu, namun kita tidak faham kenapa begitu lama dan lembabnya proses pemulihannya.

Air bersih sangat penting kepada mangsa bencana. Untuk membersihkan rumah yang diselaputi selut, untuk membersih pakaian dan yang paling penting untuk minuman.

SAMM juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa syarikat air daripada luar Kelantan yang bertungkus lumus membantu menghantar bekalan air. Semalam kami berjumpa dengan Syarikat Air  Johor(SAJ)  di Kuala Krai.

Solidariti Anak Muda(SAMM) dengan ini menegaskan bahawa AKSB telah gagal sepenuhnya dalam hal ini malah AKSB juga penyumbang terbesar dalam menyulitkan keadaan ini.

SAMM MEMBERI TEMPOH 24 JAM kepada pengurusan AKSB untuk menyelesaikan masalah ini atau bahagian pengurusan perlu meletak jawatan. Anda telah gagal sepenuhnya.

Sekian.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.