CB SI KUCING KUNING YANG BERTUAH
CB SI KUCING KUNING YANG BERTUAH
Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) antara NGO yang terawal sampai dalam misi bantuan banjir di Kelantan. Dengan dua lori 10 tan, misi yang di ketuai sendiri oleh CheguBard dan pengarah misi banjir Sani dan Yaser.
Memilih Kuala Krai pada hari pertama, kami menghantar sendiri dengan bot ke pusat pemindahan di Guchil.(Saya akan perincikanya dalam episod penuh Banjir Kelantan nanti)
Hari kedua, kami memilih Pasir Hor dan PCB sebagai kawasan tumpuan. Di Pasir Hor lah kami menemui CB.
Setelah segalanya selesai, kami di bawa oleh penduduk menaiki perahu untuk melihat secara dekat bencana kali ini.
Sewaktu melintasi rumah penduduk kampung Pasir Hor, kami terdengar suara kucing. Setelah di amati, kami mendapati ada tiga ekor kucing sedang kelaparan berada di atas bumbung rumah.
Kami mendekati rumah berkenaan dan cuba menyelamat kucing tersebut. Ia tidak semudah yang dijangkakan. Menyangka kan kami adalah musuh ada yang cuba bersembunyi.
Akhirnya, hanya CB yang sempat diselamatkan. Sudah tidak berdaya untuk lari, CB sudah sangat lemah kerana hampir 5 hari tidak makan, Akhirnya CB berjaya di selamatkan.
Semasa dalam perjalanan pulang di atas perahu, CB yang sangat kelaparan, menjilat-jilat jari kami.Sungguh kesian.
Setelah diberi makan dan minum, kami menyerahkan CB kepada pemiliknya. Adik Eida. Sungguh gembira tuannya.
Sebelum pulang, CB yang dipeluk oleh tuannya meronta-ronta mahu bersama kami. Akhirnya CB diam bila bersama kami dan sangat manja dengan kami.
Dengan rela hati, tuannya menyerahkan CB kepada kami dan kami jadikan binatang angkat kami.
Jelas, binatang juga mempunyai jiwa. Ia juga harus hidup. Mempunyai perasaan dan rasanya dia memberi ucapan terima kasih kerana menyelamatkannya.
Kini kucing kuning tersebut sihat di rumah saya. Ia menjadi anak perempuan saya.
Kami namakannya Cing Banjir(CB).
-ThehjOsama-