Home » All Post, Headlines, SAMM

Chincilla Fur Coat – Bukti Gaya Hidup Mewah dan Boros Rosmah Mansor

Submitted by on January 25, 2015 – 7:40 PMNo Comment

Rosmah baju

Kenyataan Media
25 Januari 2015

Chincilla Fur Coat – Bukti Gaya Hidup Mewah dan Boros Rosmah Mansor

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini berhadapan dengan saat yang getir dalam karier politiknya dengan serangan dan kritikan daripada pelbagai sudut termasuk dari bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohammad.

Ketika ramai mengatakan kemungkinan serangan Mahathir kali ini, Najib tidak akan menghabiskan tahun 2015 sebagai Perdana Menteri tetapi nampaknya isterinya, Rosmah Mansor masih terus menampilkan gaya hidupnya yang serba kemewahan.

Rosmah terus tidak mempedulikan bukan sahaja nasib rakyat yang sedang menderita ditimpa bencana alam dan situasi kelembapan ekonomi, tetapi juga Rosmah terus tidak mempedulikan nasib Najib yang semakin genting ini.

Sebelum ini sewaktu bencana banjir besar melanda negara, rakyat telah mempertikaikan bagaimana Najib Razak yang terpaksa memendekkan percutian “Golf Diplomacy” dan membiarkan Rosmah terus tinggal di Amerika Syarikat dan kemudiannya mengunjungi beberapa lagi negara lain dengan menggunakan pesawat khas Kerajaan.

Minggu ini di media-media baru terdapat banyak gambar Rosmah Mansor yang muncul mengiringi Najib ke Persidangan Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Dalam masa yang sama juga, ada pihak-pihak telah menyebarkan gambar keratan sebuah laman sesawang perniagaan atas talian yang menunjukkan harga “Luxurious Full Length Chincilla Fur Coat” yang sama seperti yang dipakai oleh Rosmah.

Harga yang tertera adalah USD 44,900.00 dan harga itu adalah untuk Fur Coat terpakai.Jika benar harga yang tertera itu adalah harga terpakai, bagaimana pula dengan harga untuk yang baru?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah pelopor pembongkaran keborosan Rosmah Mansor termasuklah pendedahan cincin berlian satu ketika dahulu, dengan ini menggesa beliau untuk tampil memberikan penjelasan sendiri mengenai perkara ini.

Memandangkan pembaziran yang berpunca dari Rosmah Mansor ini bukan sedikit, Solidariti Anak Muda Malaysia sedang meneliti secara serius berhubung keperluan bagi memantau pembaziran Rosmah Mansor dengan mewujudkan unit #RosmahWatch.

Megat Khairul Anuar Razali
Penyelaras (Penaja) Unit RosmahWatch
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.