Home » All Post

DCA dan MAS Tidak Professional Dan Sensitif

Submitted by on January 29, 2015 – 12:53 PMNo Comment

mh370

Kenyataan Umum
29 Januari 2015

DCA dan MAS Tidak Professional Dan Sensitif

Genap 327 hari pesawat MH370 hilang dan DCA bagi pihak Kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan pesawat ini diisytiharkan kemalangan dan kesemua 227 penumpang dan 12 anak kapal diisytiharkan meninggal dunia. Ia satu pengumuman yang besar dan bermakna bagi semua waris-waris mangsa bukan sahaja dalam soal pampasan malah juga dari segi emosi mereka.

Malangnya, DCA mengambil sikap tidak profesional dan angkuh apabila memilih untuk membatalkan sidang media yang telah dijadualkan ekoran daripada kemunculan waris-waris di lokasi sidang media asal. DCA dan MAS langsung tidak sensitif terhadap emosi waris apabila terdapat dakwaan daripada waris bahawa MAS mengarahkan waris untuk menonton pengumuman itu di televisyen sahaja.

Persoalan yang lebih besar kepada keluarga waris ini bukanlah pampasan tetapi sikap bertanggungjawab, berhikmah dan sensitif DCA dan MAS disaat mereka masih lagi menangisi kehilangan orang yang tersayang. Sikap angkuh DCA ini sememangnya telah diperlihatkan semenjak hari pertama kehilangan pesawat malang ini.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyelar keras sikap angkuh DCA yang tidak sensitif terhadap keadaan emosi waris-waris. SAMM juga mendesak Ketua Pengarah DCA, Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan semasa tragedi ini berlaku untuk mengambil tanggungjawab dan mengakui kelemahan-kelemahan yang telah berlaku terutamanya kegagalan Tentera Udara untuk memintas pesawat berkenaan walaupun radar tentera menunjukkan pesawat tidak dikenali memasuki ruang angkasa negara. SAMM juga mendesak kesemua mereka ini meletakkan jawatan serta merta kerana kegagalan dan keangkuhan yang ditunjukkan DCA sepanjang misi pencarian dan menyelamat MH370.

SAMM berharap DCA lebih jujur dalam memberikan penjelasan dan kenyataan. Setelah kehilangan MH370 ini diselubungi misteri, waris-waris mangsa hanya mengharapkan secebis kejujuran daripada DCA dan Kerajaan Malaysia sebagai pengubat luka kehilangan orang yang tersayang. DCA dan Kerajaan Malaysia tidak wajar sama sekali berterusan memberikan kenyataan dan tindakan yang mengelirukan.

Di kesempatan ini, SAMM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa pesawat MH370. Bukan sahaja anda, tetapi seluruh rakyat Malaysia meratapi kehilangan MH370 ini dan akan terus mengingati mangsa-mangsa selagi mana persoalan kehilangan misteri ini tidak mendapat jawapan.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.