Home » All Post

Durjana Mahathir, Penzalim Kuku Besi Dalam Negara

Submitted by on January 24, 2015 – 12:49 PMNo Comment

mahathir007

Tulisan Umum
24 Januari 2015

Durjana Mahathir, Penzalim Kuku Besi Dalam Negara

Tun Mahathir mempunyai kaedah atau modus operandi yang sama setiap kali beliau menjatuhkan lawan politiknya. Ada sahaja isu yang diciptakan oleh beliau. Isu Memali untuk jatuhkan Tun Musa Hitam, fitnah liwat untuk jatuh DS Anwar Ibrahim, isu budak tingkat 4 untuk jatuhkan Tun Abdullah Badawi, dan sekarang isu 1MDB utk jatuh PM Najib. Semuanya taktik yang sudah basi dan boleh diagak.

Sewaktu dibuang dari UMNO, dia menulis sebuah buku yang dinamakan Dilema Melayu atau Malay Dilemma untuk jatuhkan almarhum Tuanku Abdul Rahman yang disayangi rakyat jelata ketika itu. Beliau mengecam pimpinan tertinggi UMNO ketika itu dan memberikan gambaran kononnya beliau dizalimi. Beliau memperalatkan pentas pembangkang dan gerakan mahasiswa progresif untuk menyerang almarhum Tunku. Antara pemimpin mahasiswa yang diperalatkan termasuklah DS Anwar sendiri.

Setelah beliau memegang tampuk kuasa pemerintahan, beliau mengaplikasikan segala bentuk ugutan , penangkapan, siksaan serta pemenjaraan ala penjajah yang di luar batas manusiawi terhadap ke semua seteru politiknya. Beliau merencanakan serangan dan penghinaan terhadap institusi Raja-raja Melayu bagi mengukuhkan cengkaman politiknya terhadap orang melayu, khususnya yang berada di dalam UMNO.

Zaman Mahathir jugalah Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara dipecat dan Almarhum Dato’ Mufti Haji Ishak Baharom, mufti Selangor dipecat demi memastikan setiap cabang pentadbiran negara berada di bawah telunjuk kuku besi Mahathir. Malah, beliau sanggup melaksanakan langkah mengharamkan UMNO lama selepas beliau sedar pengaruh beliau makin terhakis di dalam UMNO.

Itulah Mahathir yg sebenarnya. Bicara dan senyuman manis hanya sekadar topeng dunia untuk menutup kebejatan dirinya.

Md.Sani Bin Md.Shah
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.