Home » All Post, Headlines, Kelantan

Haruman Altantuya Kembali Mewangi?

Submitted by on January 29, 2015 – 7:35 PMNo Comment

Altantuya sharibuu

Tulisan Umum
29 Januari 2015

Haruman Altantuya Kembali Mewangi?

Mari kita teliti perjalanan konspirasi ini.

Hari ini saya tidur selepas Asar. Nabi amat melarang tidur selepas Asar sepertimana kurangnya rezeki jika tidur selepas subuh.

Terjaga dari tidur, saya capai telefon untuk melihat waktu. Bila tidak memakai kacamata, saya tidak nampak jam di dinding. 6.45 petang, saya kelewatan untuk Asar. Bangun, sembahyang dan buka internet.

Seperti biasa, saya akan terus membuka The Malaysian Insider. Saya sukakan portal ini kerana laporannya yang baik. Saya jumpa cerita ini. www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kematian-altantuya-hanya-kes-pembunuhan-biasa-kata-razak-baginda. Saya baca dengan penuh teliti. Tiba-tiba bilik saya berbau wangi.

Persoalan pertama saya, kenapa Razak Baginda memilih The Malaysian Insider? Keduanya kenapa tiba-tiba Razak Baginda keluarkan kenyataan ini. Kalau tidak kerana terdesak, Razak Baginda tentu lebih senang, berlenang di London.

Pada saya, Mahathir sudah ingin memulakan serangan terakhir untuk Najib. Serangan yang maha hebat ini sedang di masak seenaknya untuk  dipersembahkan kepada rakyat bagi menekan Najib agak Anwar ke penjara 10 Februari ini.

Untuk bertahan, Najib memulakan langkah awal melalui Razak Baginda. Mencuba memberitahu rakyat bahawa cerita yang akan keluar selepas ini adalah mengarut.

Walau persembahan Razak hari ini agak baik, namun banyak persoalan masih tergantung. Saya malas nak mengacau cerita Razak, anda baca sendiri di mana kelemahannya.

Persoalannya sekarang, setakat mana tindakan dan langkah yang Mahathir ambil untuk langkah terakhir ini. Apakah Mahathir dan gengnya sudah menemui Sirul di Australia?

Teori ini akan lebih terbuka dan nampak lojik jika sehari dua ini perkembangan kes Altantuya mula disentuh oleh geng Mahathir. Sudah tidak lama masa yang ada untuk Mahathir mulakan kerana ia harus lunak dan selesai sebelum 10 Februari.

Bersama kita semua nantikannya. Saya akan menyambung cerita ini bila Mahathir memulakan wangian Altantuyanya nanti. Kita sama nantikannya!

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.