Home » All Post

Hentikan Aksi Keganasan Melampau, Prejudis & Kebencian Terhadap Mana-Mana Etnik

Submitted by on January 8, 2015 – 12:41 PMNo Comment

logo samm

Kenyataan Umum
8 Januari 2015

Hentikan Aksi Keganasan Melampau, Prejudis & Kebencian Terhadap Mana-Mana Etnik

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyelar tindakan menyerang pejabat majalah satira di Paris, Peranchis yang meragut 12 nyawa. Tindakan ini tidak menggambarkan ajaran Islam yang sebenar dan juga berpotensi untuk melebarkan Islamophobia di kalangan warga dunia.

Siri serangan ganas bersenjata api ini perlu dihentikan segera sebelum kes-kes begini akan dijadikan satu justifikasi untuk keganasan terhadap mana-mana etnik Muslim yang lain atas nama membalas dendam. Semua pihak haruslah turut memberikan pertimbangan terhadap keselamatan saudara-saudara Muslim lain di seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang bukan majoriti Islam.

Dalam pada itu, SAMM juga turut menyelar media-media yang berselindung di atas nama kebebasan media untuk menyebarluaskan kandungan-kandungan yang bersifat penghinaan dan kebencian terhadap mana-mana agama. Tindakan-tindakan begini akhirnya akan menimbulkan reaksi keterlaluan dan ganas daripada kelompok pelampau.

SAMM menyeru semua pengamal media di seluruh dunia agar berhati-hati dan bijaksana dalam menentukan isi kandungan yang ingin diterbitkan. Kebebasan yang diharapkan tidak bererti kita boleh menghancurkan amalan toleran, hormat menghormati dan bersetiakawan di antara satu agama dengan agama yang lain. Media seharusnya menjadi agen pendamai yang mencetuskan satu gerakan persaudaraan global.

SAMM juga ingin mengambil kesempatan mencadangkan kepada Global Moderate Movement (GMM) untuk mengambil tanggungjawab dan ke hadapan dalam memacu semangat perdamaian dan kesederhanaan di seluruh dunia. Apakah keperluan Perdana Menteri menubuhkan GMM jika tidak mampu mengambil inisiatif global untuk memastikan tiada lagi amalan prejudis, penghinaan dan kebencian dihamburkan terhadap mana-mana entiti di dalam dunia ini?

Adalah menjadi harapan SAMM sebagai gerakan solidariti muda supaya dunia ini akan bergerak dengan aman harmoni, bersetiakawan dan sejahtera.

Mohd Faizal Ab. Rahman
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.