Home » All Post, Headlines, SAMM

Hentikan Percakaran, Kembali Ke Meja Rundingan

Submitted by on January 27, 2015 – 7:25 PMNo Comment

Pakatan Rakyat

Kenyataan Umum
27 Januari 2015

Hentikan Percakaran, Kembali Ke Meja Rundingan

Pergeseran antara parti di dalam Pakatan Rakyat membuka lembaran baru, kali ini melibatkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan pula. Penyelaras Bersama SAMM Melaka dalam satu kenyataannya tampil mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berdiskusi berhubung perkara ini.

Namun begitu, SAMM Kelantan berbeda pendirian dengan Saudara Akram. Kenyataan Saudara Akram tersebut adalah kenyataan peribadi beliau dan bukanlah kenyataan SAMM keseluruhannya.  SAMM Kelantan sendiri tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan menasihatkan beliau untuk tidak mengheret SAMM dalam kemelut di antara parti-parti politik di dalam Pakatan Rakyat.

SAMM Kelantan melihat saranan Tuan Guru Haji Hadi ada asasnya. Kebimbangan Presiden Pas itu perlu dilihat dalam sudut yang lebih jauh ke depan dan lebih terbuka.

Ambil contoh Kelantan sendiri, setiap PBT mempunyai koata khas untuk masyarakat bukan Melayu. Ia jelas tidak meminggirkan masyarakat bukan Melayu.

Kemusnahan demokrasi dalam negara berpunca daripada kebejatan struktur politik dan asas pemerintahan negara yang telah berlaku semenjak zaman pentadbiran Mahathir lagi. Kemusnahan demokrasi dan sistem pentadbiran ini hanya akan dapat dipulihkan dengan memperbetulkan dahulu kepincangan sistem pentadbiran Persekutuan dan mengembalikan semula asas doktrin pengasingan kuasa.

Cadangan yang hanya menyentuh sistem pentadbiran awam tier 3 ini adalah satu tindakan kosmetik semata-mata. Ditambah lagi dengan kepincangan Pilihanraya Umum dan Suruhanjaya Pilihanraya adalah bukti betapa Pilihanraya Kerajaan Tempatan tidak akan mengubah apa-apa malah membuka lebih banyak ruang manipulasi oleh rejim Pemerintah untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sehubungan itu, SAMM Kelantan menggesa semua pihak perlu segera menamatkan kemelut ini dan kembali ke meja rundingan. Tiada siapa yang akan mendapat keuntungan daripada keadaan politik yang tidak stabil ini.

Kembalikan keutamaan dalam memenuhi aspirasi dan suara rakyat yang telah pun memberikan undi popular majoriti kepada gabungan Pakatan Rakyat. Sesungguhnya rakyat diluar sana menanti Pakatan Rakyat berpimpin erat dengan satu matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang sejahtera kepada semua.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.