Home » All Post

K-Pop, Gadis Melayu dan Kelekaan Masyarakat

Submitted by on January 13, 2015 – 1:11 PMNo Comment

kpop peluk

Kenyataan Umum
13 Januari 2015

K-Pop, Gadis Melayu dan Kelekaan Masyarakat

Minggu ini gempar seluruh negara dengan penularan gambar dan video anak-anak gadis  bertudung telah dipeluk oleh artis K-Pop. Tidak kurang juga yang mencemuh dengan perkataan dirogol atau dinoda.

Saya berminat untuk melihat dari perspektif yang sedikit berbeza. Pertamanya, artis K-Pop tersebut sudah pasti tidak tahu bahawa bersentuhan di antara bukan muhrim itu haram di sisi Islam maka adalah sangat tidak adil jika mereka dipersalahkan.

Keduanya, penganjuran K-Pop ini dilihat sebagai satu tarikan untuk industri pelancongan dalam negara kita. Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan yang mengatakan penurunan nilai Ringgit Malaysia membawa impak positif kepada pelancongan kita menjadi sandaran. Saya menyokong sepenuhnya penganjuran ini di kala keadaan ekonomi yang semakin meruncing, maka dengan penganjuran konsert ini, secara tidak langsung ia dapat menjana pendapatan negara.

Persoalan seterusnya adalah dari aspek prinsip masyarakat. Jika benar kita amat marah dan benci apabila anak-anak dara kita dipeluk cium oleh bukan muhrim, mengapa hanya artis K-Pop menjadi sasaran kita? Kita mendiamkan diri apabila melihat pelakon kita yang melakukan aksi lebih ghairah di antara bukan muhrim dalam drama dan filem.

Bagaimana pula dengan aksi Ifa Raziah dalam rancangan Gegar Vaganza? Berpelukan di atas pentas siaran langsung diantara suami orang dengan isteri orang?

Apa pula reaksi kita melihat gambar Rosmah Mansor memeluk Lee Chong Wei? Apakah Rosmah dan Chong Wei ini adalah muhrim?

Bagaimana pula dengan akhbar yang mengadakan ruangan gadis akhbar dengan paparan gambar yang seksi dan mengancam gelora nafsu?

Apa pula kisah kupu-kupu malam. Berapa ramai anak muda Muslim yang berpeleseran di disco, pub, rumah urut dan spa? Apakah di dalam tempat-tempat ini mereka akan berkelakuan sopan?

Kemudian lagi, saya juga ingin bertanya mengapa kita diam apabila banyak anak gadis bertudung kita yang membuat video amatur dengan gaya ala Mia Khalifa? Berapa ramai yang berpelukan dan berpeleseran di pasaraya, kawasan rekreasi dan kawasan awam lain?

Kita menerimanya hanya kerana ia dilakukan oleh orang kita. Kita tidak bingkas bangun menghamburkan kemarahan kita.

Insiden pelukan K-Pop ini memberikan satu isyarat jelas betapa selama ini sistem pendidikan agama kita tidak mendidik masyarakat terutama golongan muda. Sistem pendidikan dan penguatkuasaan agama lebih bersifat menghukum, bukan mendidik dan memberi kefahaman.

Pengajaran daripada insiden ini adalah hakikatnya kita sendiri leka dalam menitikberatkan kefahaman anak-anak muda kita berhubung hukum hakam Islam. Sudah lama kita biarkan mereka hanyut dengan adegan separa lucah lakonan artis kita sendiri, tindak tanduk pemimpin negara yang berpeluk tanpa mengenal hukum dan sebagainya.

Paling penting, insiden ini telah mengajar minda kita menjadi lebih terbuka untuk membezakan antara Melayu dan Muslim. Antara bertudung kerana fesyen atau mengikut suruhan-Nya. Bagi saya, nafsu tidak pernah mengenal pakaian.

Hadzril Ridzal Hussin
Penyelaras SAMM Johor

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.