Home » All Post

MAHATHIR HANYA MAHU TIDUR LENA

Submitted by on January 14, 2015 – 7:04 PMNo Comment

MAHATHIR HANYA MAHU TIDUR LENA.

Ramai yang taksub dengan Mahathir. Semuanya kerana era emas Mahathir. Era di mana Mahathir dilihat sebagai Mahafiraun.

Malaysia berada di zaman kemuncaknya ialah di zaman Mahathir. Ekonomi baik, rakyat harmoni, keamanan dan seribu kebaikan. Semua ini banyaknya di zaman Mahathir.

Namun zaman Mahathir jugalah segalanya terjadi. Kemelesetan ekonomi yang teruk, nepotisme,rasuah dan sebagainya juga sebenarnya adalah bermula dan berpunca di zaman Mahathir.

Malah kebobrokan zaman selepas Mahathir, iaitu zaman Paklah dan Najib juga sebenarnya adalah zaman disebabkan Mahathir.

Mahathir sememangnya mahu berhenti secara baik. Dia mahu dikenang sebagai hero dan wira kepada Malaysia. Silap Pak Lah ialah membebaskan Anwar.

Bagi Mahathir, Anwar adalah seteru politik sampai matinya. Sering Mahathir dikejutkan dari mimpinya Anwar akan berkuasa dan orang yang pertama akan disumbatkan ke penjara ialah Mahathir.

Bermula dari hari pembebasan Anwarlah, Mahathir bangkit dari masjid yang kononnya dia akan bersara dan bermain dengan anak cucunya, mengasah kembali peralatan perangnya. Berkilat tajam walau ketinggalan zaman.

Dia mula menyerang. Serangan pertamanya ialah jambatan bengkok. Sinis dan penuh bergaya. Pak Lah dilihat sebagai manusia lemah. Tertidur, lambat dan banyak mendengar kata menantu.

Terkontang-kanting Pak Lah menepis. Akhirnya Pak Lah rebah. Najib yang ketika itu adalah harapan Mahathir untuk menggantikan Pak Lah dilihat sosok yang penuh masalah akhirnya selamat ke persada kuasa.

Najib memperkenalkan 1 Malaysia yang mana dilihat sebagai agenda mengurangkan kekuatan Melayu tapi akhirnya mula pening kerana agendanya tidak disambut oleh bangsa Cina dan India.

Kecewa dengan kelemahan Najib, sekali lagi Mahathir bangun. Menyerang dan melapah Najib. Isteri lebih berkuasa, lemah politik dan sebagainya.

Najib hampir lemas. Lemas dikongkong oleh Rosmah, juga lemas dengan serangan bertubi Mahathir. Saya menjangka kan Najib pun akhirnya akan rebah di hujung pedang Mahathir.

Sekali ini Mahathir tidak akan mempercayai sesiapa kecuali anaknya. Hanya Mukhriz yang diharapkan untuk membiarkan tidurnya lena dan waktu di masjidnya tidak di ganggu.

Kita akan bertemu tidak lama lagi, Perdana Menteri yang baru daripada legasi Mahathir sendiri. Semua ini bukan kerana keperitan rakyat, kesengsaraan rakyat. Semuanya kerana Mahathir mahu tidur lena dan dijauhkan daripada mimpi ngeri yang bernama Anwar. Percayalah!

Thehjosama

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.