Home » All Post, Headlines

PLKN YANG MEMBAZIR

Submitted by on January 21, 2015 – 7:05 PMNo Comment

plkn membazir

PLKN YANG MEMBAZIR

Sedari dari awal, Solidari Anak Muda Malaysia (SAMM) menolak bila kerajaan mahu mewujudkan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Kami melihat PLKN tidak lebih daripada bertujuan membahagikan ghanimah secara halal. Ia bukan tempat yang sesuai untuk menjadikan anak watan mencintai dan memperkemaskan jati diri.

PLKN juga tidak lekang dengan berbagai masalah. Pelajar mati, kes rogol dan berbagai masalah. Namun, kerajaan meneruskan tanpa menghiraukan desakan.

Semalam, PM mengumumkan PLKN ditangguhkan kerana kerajaan tidak cukup wang dalam menghadapi kegawatan ekonomi.

SAMM menyokong penuh penangguhan ini malah kajian semula nanti akan turut memikirkan untuk menghentikannya.

SAMM juga melihat selain PLKN, PERMATA NEGARA juga merupakan pembaziran yang amat jelas. Dengan peruntukan begitu besar sebanyak RM711 juta, ia bukan keperluan yang sangat mendesak.

PERMATA NEGARA juga bergerak tanpa hala tuju yang jelas dalam memartabatkan pendidikan negara. Di saat yang sama kita sudah mempunyai TADIKA KEMAS dan PRA SEKOLAH.

Hj Osama

Penyelaras SAMM Kelantan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.