Home » All Post, Headlines, SAMM

Syed Ali AlHabshee Banyak Makan Semut?

Submitted by on January 24, 2015 – 5:23 PMNo Comment

syed ali alhabshie

Tulisan Umum
24 Januari 2015

Syed Ali AlHabshee Banyak Makan Semut?

Sah dan benar sekali Syed Ali alHabshee ini memang sudah mengalami penyakit lupa atau pun nyanyuk. Mahathir tidak akan menyerang sesiapa jika dia tidak mahu menggulingkan orang itu.

Saya ingin peringatkan Syed Ali AlHabshee, ini bukanlah kali pertama Mahathir mengetuai serangan terhadap pemimpin negara dan pemimpin politik. Selama 45 tahun, Mahathir telah menghancurkan karier dan nama baik 5 orang pemimpin politik utama negara.

Bermula daripada Tunku Abdul Rahman yang diserang habis-habisan melalui buku Malay Dilemma sehingga Mahathir sanggup naik ke pentas pembangkang, 2 Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri ke 5, Tun Abdullah Badawi serta tidak terkecuali Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah Syed Ali Alhabshee lupa perkara ini atau buat-buat lupa?

Mahathir adalah simbol pemimpin diktator tua yang akan membunuh lawan politiknya tidak kira di luar parti ataupun sesama parti. Siapa yang mengancam nafsu kuasanya, pasti akan digulingkan dengan apa cara sekalipun.

Pengharaman UMNO pada tahun 1987 itu seperti kata Syed Ali bukanlah kerja Mahathir. Tetapi bangkai tetap akan berbau walaupun ditutup. Semua orang tahu episod The Grand Design of Mahathir. Apakah sebab lain jika bukan kerana tamakkan kuasa, Mahathir menggunakan cawangan dan bahagian yang tidak sah semasa Perhimpunan Agung tahun tersebut?

Dan Mahathir terus licik menggunakan undang-undang yang akhirnya membawa kepada pengharaman UMNO agar tidak berlakunya pemilihan semula dan menjadikan watak UMNO11 itu sebagai pengkhianat parti di mata ahli-ahli UMNO. Syed Ali boleh membodohkan dirinya sendiri dengan menipu  sejarah tetapi bukanlah sekalian rakyat yang semakin celik ilmu.

Kem Mahathir-Daim kali ini bertemu buku dengan ruas. Najib tidak seperti Pak Lah yang mudah diundurkan. Sebagai seorang pentaksub Mahathir, Syed Ali sememangnya takut Najib menang dalam pertembungan kali ini setelah kem Najib mengenali wajah sebenarnya. Syed Ali lebih menggelabah setelah Najib bangkit melawan serangan Mahathir-Daim.

Disangkanya Najib akan menikus, rupanya tidak, maka jalan akhir adalah pentaksub Mahathir ini terpaksa meneruskan kerja sebagai penambah peluru serangan terhadap Najib. Bukan memberi teguran seperti dakwaan beliau.

Kepada Syed Ali Alhabshee, saya ingin belanja sekotak kismis yang perlu beliau makan bagi mengembalikan kesihatan otak beliau. Bertaubatlah Syed Ali. Hentilah dari menjadi pentaksub Mahathir.

Zulkifli Hj. Ibrahim
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.