Home » All Post

Tidak Perlu Kerajaan Campuran Tapi Usaha Kolektif

Submitted by on January 5, 2015 – 12:37 PMNo Comment

Pakatan Rakyat

Kenyataan Umum
5 Januari 2015

Tidak Perlu Kerajaan Campuran Tapi Usaha Kolektif

Pemikir Kaum Muda SAMM menyangkal peri pentingnya ditubuhkan Kerajaan Campuran di Kelantan sebagai usaha kolaborasi dan memudahkan proses pemulihan pasca banjir besar ini. Komentar-komentar daripada beberapa kerat pemimpin UMNO hanyalah bersifat separuh masak walaupun ada antara mereka yang usia politiknya telah melangkaui setengah abad.

Apa relevannya Kerajaan Campuran ini? Jika sekadar memudahkan kordinasi proses pemulihan dan kolaborasi gerak kerja, seharusnya ia bersifat kerjasama Kerajaan Dengan Kerajaan sahaja. Tidak perlulah untuk dilaksanakan Kerajaan Campuran ini melainkan memang UMNO mempunyai pemikiran yang ingin menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan bencana ini untuk meraih kuasa politik.

PKM SAMM juga melihat komentar Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, “ Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam menangani isu banjir di Kelantan dilihat sebagai satu pencapaian luar biasa,” menunjukkan amalan demokrasi songsang dan menindas Kerajaan-Kerajaan Negeri PR oleh Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh UMNO BN. Senator muda ini terpaksa mengakui ia adalah satu pencapaian yang luar biasa ekoran kerjasama antara Kerajaan dengan Kerajaan yang tidak pernah berlaku selama ini.

PKM SAMM melihat cadangan yang diutarakan ini adalah merupakan satu manifestasi kecelaruan pemikiran. Ia tidak harus dilontarkan di kala rakyat Kelantan sedang menderita ketika ini. Jika Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO ini benar-benar ikhlas ingin membantu rakyat yang terjejas, maka sudah pastilah cadangan ini tidak akan dikeluarkan.

PKM SAMM dengan ini mendesak semua pihak untuk menghentikan polemik politik pasca banjir besar ini. Tidak perlu bercerita soal Kerajaan Campuran tetapi berusaha secara kolektif untuk memulihkan semua kawasan terjejas terutamanya di Kelantan. Tidak perlu menanam dendam dalam hati masing-masing sebaliknya menjadikan kepentingan rakyat sebagai tunjang dalam menghadapi situasi pasca banjir ini.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.