Home » All Post

Tulisan Santai: Lim Lian Geok (1901-1985)

Submitted by on January 28, 2015 – 7:27 PMNo Comment

LLG

Lim Lian Geok (1901-1985)

Ikhlas saya katakan, saya lansung tidak tahu tentang tokoh ini. Malah saya yakin ramai yang tidak tahu tentangnya.

Semalam, saya berada di Kuala Lumpur. Saya di ajak sebagai panelis forum tentang banjir Kelantan. Bersama Yb Abdul Latiff dan YB Zailah. Turut bersama sahabat daripada NGO lain dan panelis daripada badan kerajaan dan Universiti. Semestinya ia adalah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia( SAMM).

Oleh kerana ia di buat di Dewan Lim Lian Geok, maka saya di beri peluang melawat galeri yang menceritakan tentang tokoh ini.

Secara ringkasnya Lim merupakan pejuang yang memperjuangkan tentang sekolah Cina yang akhirnya beliau dibuang kerakyatan.

Bukan nak bercakap tentang politik dan sebagainya cuma cara penyanjungan masyarakat Cina  terhadap Lim saya kagumi.

Mereka membina sebuah memorial dan galeri sejarah Lim dalam bentuk yang sangat cantik, bermaklumat dan penuh gaya.

Saya tercari-cari seandainya menjumpai tokoh-tokoh Melayu kita yang di memorialkan. Selain tokoh-tokoh yang sememangnya besar (Perdana Menteri) tiada nama nama besar lain yang di memorialkan.

Kita ada Mat Kilau, Dato Bahaman, Burhanuddin Helmi dan sebagainya seolah-olah dilupakan begitu sahaja. Yang terlihat biasanya kubur mereka yang sedikit di tandai atau paling terbaik mereka diberikan nama jalan.

Malah Hang Tuah sendiri yang di anggap sebagai simbol Melayunya kita, selain nama jalan dan kuburnya, hanya patungnya pernah saya lihat di Muzium Negara semasa saya kecil dahulu. Lebih menarik, patungnya dikatakan berhantu di malam hari.

Bagaimana bangsa Melayu mahu belajar daripada sejarah? Atau  pertanyaannya boleh jadi begini “terdapatkah sejarah untuk kita pelajari?”

Saya harap suatu hari nanti, anak cucu saya buatkan satu memorial buat saya. Mark Adam, sila tanda dalam ingatan anda.

TheHjOsama

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.