Home » All Post

Tulisan Santai: SEKOLAH TERBAIK DAN KEPENTINGANNYA

Submitted by on January 24, 2015 – 7:09 PMNo Comment

SEKOLAH TERBAIK DAN KEPENTINGANNYA.

Semua ibu bapa sangat berharap untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anaknya. Beberapa minggu yang lepas, sekolah dibuka. Walau jadualnya sedikit terencat kerana masalah banjir, namun kini hampir kesemua sekolah telah mula dibuka.

Saya antara ibu bapa yang sangat bersungguh untuk melihat anak saya mendapat pendidikan terbaik.

Bila Adam mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lepas, saya berusaha bersungguh menempatkannya di sekolah terbaik. Alhamdulilah, Adam akhirnya berjaya ke MRSM Pasir Tumboh.

Tahun ini, saya cuba menggunakan kaedah yang sama seperti seperti yang saya gunakan untuk Adam dalam membantu seorang pelajar untuk ke MRSM Pasir Tumboh. Alhamdulilah, adik Norhanis Qistina juga berjaya.

Bagaimana kaedah saya?Mari saya kongsikan dengan anda.

Perkara paling utama untuk layak ke sekolah terbaik ialah, kena mendapat keputusan yang cemerlang. Saya bagi contoh untuk UPSR. Anak anda perlu mendapat 5A.

Pelajar yang dapat 5A sangat ramai. Ruang untuk ke sekolah asrama penuh atau MRSM pula sangat terhad. Saya bagi contoh, MRSM Pasir Tumboh tahun ini hanya mengambil lebih kurang 50 orang pelajar. 50 orang pelajar ini adalah bersamaan dua kelas.

Berbanding tahun lepas, 200 pelajar di ambil. Kenapa? Saya difahamkan kerana mereka mula membuka kelas tingkatan empat. Sebelum ini kelas mereka hanya sampai tingkatan 3.

Oleh itu, untuk ke MRSM Pasir Tumboh tahun ini agak sukar. Saya juga difahamkan hampir 700 pelajar yang ingin masuk ke situ.

Bagaimana Norhanis Qistina boleh lulus ke situ. Tentunya Norhanis dapat 5A. Selain itu, saya siapkan kesemua keperluan lain dengan penuh cermat.

Sijil sijil nya, bayangan soalan untuk interviewnya dan memberi motivasi kepadanya.

Ramai yang memandang enteng tentang sijil-sijil. Tahukah anda, setiap sijil ada makna dan markah. Sekiranya anak anda tidak mempunyai sijil, anda kena usaha untuk memenuhi sijil-sijil mereka.

Markah untuk sijil juga berlainan. Jika anak anda seorang ketua pengawas, markahnya adalah 10 berbanding pengawas biasa hanyalah 5. Jika bukan pengawas, ianya adalah kosong. Begitulah juga untuk permainan dan persatuan.

Begitu juga persembahan semasa hari interview. Biasanya panel interview akan memanggil empat orang. Anak anda kena dilihat sebagai ketua untuk kumpulan mereka. Kena nampak paling bersih, kemas dan bersedia.

Antara soalan yang akan di kemukan ialah kenapa anda mahu ke MRSM? Agak agak anda, apakah jawapan anak anda nanti. Saya sediakan jawapan untuk Norhanis. Saya minta dia hafal jawapannya.

“Saya adalah anak keenam daripada 9 orang adik beradik. Saya dibesarkan dalam keluarga yang agak susah. Ayah seorang buruh binaan manakala ibu saya seorang suri rumah. Peluang belajar di MRSM harus saya rebut kerana ia merupakan peluang keemasan bagi saya untuk mencapai cita cita saya sebagai doktor dan membantu keluarga saya. Saya yakin MRSM akan merealisasikan impian saya ini, kerana saya difahamkan MRSM mempunyai keupayaan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai dana untuk pelajar yang miskin seperti saya. “

Mengikut Norhanis, ramai yang hanya menjawab saya mahu ke sekolah Sains. Bagi saya jawapan itu betul, namun ianya tidak tepat. Menurutnya lagi, bila dia memberi jawapan di atas, ahli panel tersenyum dan mengangguk-angguk.

Penyusunan sijil-sijil mengikut turutan juga sangat penting. Ahli panel akan lebih mudah untuk melihat sijil-sijil anak anda.

Akhirnya, berdoalah kepada Allah dengan penuh bersungguh hati. Hanya dengan doa yang ikhlas dan bersungguh insha Allah permintaan akan dimakbulkan.

Tahniah saya ucapkan kepada Norhanis Qistina, semoga anak ini akan menjadi pelajar terbaik dan mampu membantu keluarganya bila berjaya nanti.

Jika anda semua mahu saya membantu anda dan anak anda, Insha Allah saya akan cuba membantu. Dan ianya hanyalah percuma. Sila hubungi saya.

TheHjOsama

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.