Home » All Post, Headlines, SAMM

Isu imej cek lebih RM12juta : Hargai respon RNC dan sedia untuk berjumpa

Submitted by on February 4, 2015 – 12:08 PMOne Comment

cek raja nong cik 4

Kenyataan Umum
4 Febuari 2015

Isu imej cek lebih RM12juta : Hargai respon RNC dan sedia untuk berjumpa

1. Pertamanya saya hargai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (RNC) memberikan respon terhadap pertanyaan saya mengani imej cek yang bernilai lebih RM12 juta yang saya terima. Saya juga menerima baik pelawaan beliau untuk jumpa dan berbincang. Saya yakin dia punya penjelasan munasabah mengenai cek tersebut malah mungkin banyak lagi perkara lain turut boleh dibincangkan bersama.

2. Bila saya siarkan imej cek bernilai lebih RM 12 juta (yang merupakanhanya sebahagian dari yang diterima) ada beberapa penyokong yang saya tak pasti penyokong parti yang disertai RNC atau penyokong RNC sendiri muncul untuk menyerang saya kononya imej cek tersebut palsu dan sengaja saya cipta.

3. Gambar – gambar tersebut saya terima dari sumber yang tak dikenali namun setelah saya kenal pasti kesahihanya maka dikenalpasti ia benar dan selaku rakyat maka saya ajukan pertanyaan.

4. Akhirnya semalam RNC akui imej cek tersebut benar dan akui itu wang dia. Maka dengan sendirinya mensenyapkan penyokong – penyokong yang bersungguh muncul untuk nyatakan saya menipu dan menfitnah RNC.

5. Cuma kenyataan RNC dalam portal The Malaysian Insider yang dengan nada sedikit angkuh bukan sahaja mengakui wang bernilai lebih RM12 juta itu wang nya tetapi turut menyatakan dia sememangnya kaya malah sejak dari ayahnya sudah punya beratus juta. Seperti biasa bila pemimpin Umno membuat kenyataan pasti bau sentimen perkauman akan ditiup, begitulah juga RNC ketika menjawab isu imej cek bernilai lebih 12 juta miliknya. Dia cuma mengalih perhatian dengan seolah saya anti Melayu dengan menyatakan “salahkah Melayu kaya…?”

6. Wahai RNC, sesungguhnya tidak salah siapa pun baik Melayu ke, Cina ke, India ke, Iban ke atau orang asal ke untuk kaya tetapi selaku bekas menteri, senator dan ahli politik… adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjawab pertanyaan awam khususnya terhadap harta yang dia miliki.

7. Kerana itulah juga perlunya mewajibkan membuat pengistiharan harta terbuka buat semua menteri dan wakil rakyat… bukan sahaja kakitangan awam sahaja yang perlu istihar harta. Jika dari awal kita istihar harta maka tidaklah menjadi fitnah, sangsi atau salah sangka awam.

8. Akhirnya buat semua menteri yang sombong dan ego dengan harta mereka yang kononya dari kecerdikan dia berniaga, jika kamu tidak mahu dipertikai maka kamu pilihlah nak berniaga kumpul harta kekayaan atau mahu menjadi Menteri yang berkhidmat kepada rakyat kerana akhirnya dilema pertembungan konflik kepentingan tetap akan dipertikaikan.

9. Sekali lagi saya hargai Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin (RNC) memberikan respon terhadap pertanyaan saya mengani imej cek yang bernilai lebih RM12 juta yang saya terima. Saya juga menerima baik pelawaan beliau untuk jumpa dan berbincang. Saya juga ada beberapa pertanyaan susulan berkenaan cek tersebut tetapi pertanyaan terbuka menjadi agak kurang relevan bila RNC sendiri memberikan respon dan sedia berjumpa. Setakat ini saya yakin dia punya penjelasan munasabah mengenainya malah mungkin banyak lagi perkara lain turut boleh dibincangkan bersamademi kepentingan ramai.

oleh ;

che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

web rasmi         : www.anakmudamalaysia.com
blog                   : http://chegubard.blogspot.com
twitter               : https://twitter.com/chegubard
fb Fan pages     :https://www.facebook.com/pages/CheGuBard/
eMail                : [email protected]

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.