Home » All Post, Headlines, SAMM

KDN Sibuk Tahan Ahli Dan Aktivis Politik, Penjenayah Pula Terlepas Lari

Submitted by on February 25, 2015 – 4:28 PMNo Comment

Sirul 2

Kenyataan Media
24 Februari 2015

KDN Sibuk Tahan Ahli Dan Aktivis Politik, Penjenayah Pula Terlepas Lari

Setelah sebelum ini, Sirul Azhar berjaya melarikan diri ke Australia walaupun berhadapan dengan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaaribu, kini seorang banduan warga Indonesia pula terlepas lari dari Penjara Kluang.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius dua kejadian ini memandangkan satu kes melibatkan kesalahan pembunuhan dan satu kes lagi melibatkan seorang banduan. Walaupun kes banduan terlepas lari bukanlah satu kebiasaan, namun ia memerlukan satu siasatan yang lengkap terhadap tatakelola pengurusan banduan yang membuat kerja luar oleh pegawai terlibat dan juga aspek keselamatan penjara itu sendiri.

SAMM juga menuntut penjelasan dan laporan penuh insiden ini daripada pihak Jabatan Penjara dan Kementerian Dalam Negeri. SAMM menyeru Ahli-Ahli Parlimen Malaysia agar mengemukakan satu usul tergempar bagi membincangkan kecuaian pegawai Penjara sehingga memungkinkan seorang banduan terlepas lari.

SAMM juga menyeru KDN agar tidak terlalu menumpukan fokus dan usaha mereka bagi memantau dan menangkap aktivis dan ahli politik khususnya pihak oposisi sebaliknya memusatkan usaha bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang lagi dan juga mengekang peningkatan aktiviti jenayah. Kegagalan KDN dalam memantau pergerakan banduan serta penjenayah boleh mendatangkan rasa kurang selamat dan juga menimbulkan ancaman terhadap keselamatan rakyat.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.