Home » All Post, Headlines, Kelantan, SAMM

PDRM dan SKMM Perlu Ambil Tindakan Terhadap Penghina Almarhum Tuan Guru Nik Aziz

Submitted by on February 15, 2015 – 11:35 PMNo Comment

TGNA 2

Kenyataan Umum
15 Februari 2015

PDRM dan SKMM Perlu Ambil Tindakan Terhadap Penghina Almarhum Tuan Guru Nik Aziz

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawap mengeluarkan komentar yang menghina Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di laman facebook. Tindakan ini adalah satu bentuk penghinaan yang keterlaluan terhadap ulama yang telah pun meninggal dunia.

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat bukan sekadar seorang ahli politik tempatan sahaja bahkan juga seorang ulama’ dan ilmuwan yang dihormati oleh dunia Islam. Maka adalah sangat biadap apabila pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang celupar dengan menghina Almarhum?

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) diketuai oleh SAMM Kelantan akan membuat satu laporan polis berhubung perkara ini pada :-

Tarikh : Isnin, 16 September 2015
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Balai Polis IPD Kota Bharu, Kelantan

Semua pengamal media dijemput hadir ke Balai Polis tersebut. Untuk sebarang maklumat, boleh menghubungi Penyelaras SAMM Kelantan, Saudara Haji Osama di talian 019 – 931 7608.

Solidariti Anak Muda Malaysia amat kesal dan mengecam keras tindakan celupar dan biadap ini. SAMM juga menggesa PDRM dan SKMM untuk segera melakukan siasatan selepas laporan dibuat esok dan mengheret pelaku-pelaku ini ke muka pengadilan. PDRM dan SKMM perlu bertindak berlandaskan undang-undang, jangan hanya sekadar menyasarkan tindakan terpilih dan berkepentingan.

Hj. Osama
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Kelantan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.