Home » All Post, Headlines

Perginya Seorang Pemimpin Ummah

Submitted by on February 13, 2015 – 11:23 PMNo Comment

TGNA

Kenyataan Umum
13 Februari 2015
Perginya Seorang Pemimpin Ummah
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut berdukacita diatas kembalinya ke Rahmatullah seorang Pemimpin, Ilmuwan dan    Penyatu Ummah, Almarhum Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS. SAMM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh kaum keluarga Almarhum Tuan Guru khasnya dan seluruh ahli PAS umumnya.
Sesungguhnya pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah kehilangan yang besar kepada tanahair. Keperibadian Almarhum yang sangat zuhud, keteguhan prinsip dan pendirian politik, tuturkata yang penuh hikmah dan ketegasan yang sentiasa dipamerkan dalam penuh kesantunan akhlak Islam akan menjadi contoh yang paling berguna buat seluruh anak muda Malaysia.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diwakili oleh Saudara Haji Osama, Penyelaras SAMM Kelantan telah diberi kebenaran untuk melawat Almarhum Tuan Guru semenjak sakit sehinggalah ke saat akhir Almarhum.
Sesungguhnya Almarhum Tuan Guru dan SAMM sangat rapat. Almarhum adalah sumber inspirasi dan kekuatan kami dalam meniti jalan perjuangan yang panjang ini.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendoakan semoga Allah mengampuni dosa Almarhum, mencucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
Damailah Tuan Guru Di Sana.
AL-FATIHAH
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Anak Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.