Home » All Post, Headlines

Permainan Belum Berakhir, Masa Tambahan Masih Ada

Submitted by on February 25, 2015 – 3:34 PMNo Comment

Sirul 2

Tulisan Santai
24 Feb 2015

Permainan Belum Berakhir, Masa Tambahan Masih Ada

Semua menganggap permainan antara Mahathir dan Najib berakhir bila Anwar Ibrahim ke penjara. Langit politik Malaysia menjadi gelap, suram dan hancur.

Tidak semudah itu. Saya sendiri agak terkejut dengan keputusan tersebut. Saya menjangkakan Anwar di bebaskan. Saya memandang rendah kelicikan politik Najib.

Najib menjadikan perumpamaan “seperti menarik rambut dalam tepung” dengan begitu baik. Rambut ditarik dengan penuh hati-hati tanpa kelihatan tepung berterabur. Tepung seakan dilihat seumpama tepung yang masih baru dibeli daripada kedai.

Sebagai ahli politik, Najib bukan entengan. Muhyiddin ataupun Zahid Hamidi janganlah cuba bermimpi. Mimpi pun anda tidak mampu menggantikan Najib. Begitu juga dengan legasi Mahathir si Mukhriz. Lainlah jika Mahathir sendiri yang mengimpikan untuk kembali ke persada kuasa.

Mungkin hantu Altantuya satu-satunya jalan terakhir. Cuma untuk mengolah dan menghidupkan kembali hantu Altantuya ianya agak sukar. Australia tidak akan semudah itu memberi jampi serapah. Sirul dipegang erat dan kemas agar tidak bersuara.

Selain itu, apakah peranan Sirul besar dalam kes ini. Saya merasakan Balasundram lebih besar dan panjang episod “ketahuan” tentang hantu Altantuya ini.

Melalui mendiang Bala pun, kita hanya mengetahui benda yang sama seperti dilaporkan oleh akhbar. Yang lebihnya Bala pernah memberitahu saya, Altantuya ini tidaklah cantik mana. Cuma putih. Saya rasa ia tidak sangat membantu jika mahu dikaitkan dengan Najib.

Episod ini akan menjadi sukar dan bersilang-silang. Paling tidak, Najib akan terus di persada sehingga pemilihan nanti. Itupun jika gerak kerja yang dibuat Mahathir mampu menumbangkannya.

Selain sudah tua, saya rasa Mahathir sudah perlu berehat. Permainan terakhirnya tidak mampu merebahkan Najib. Najib cukup berkuasa dengan adanya Rosmah di sisi. Benteng ini tidak mampu di goyahkan dengan mudah walau anda menggunakan steamroll.

Tabik kepada pemain-pemain politik. Anda sungguh licik. Rakyat? Pergi matilah kalian. Hantu GST sedang menantikan anda semua!

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.