Home » All Post, Headlines

SERANGAN MAHATHIR, DAIM & CO : TERIMA KASIH SHAHIDAN KASSIM BUKTIKAN SAYA BETUL

Submitted by on February 1, 2015 – 7:43 PMNo Comment

mahathir najib

Coretan Umum

2 Febuari 2015

SERANGAN MAHATHIR, DAIM & CO : TERIMA KASIH SHAHIDAN KASSIM BUKTIKAN SAYA BETUL

  1. Sejak beberapa bulan lepas, sayatelah menulis dan bercakap soal pertembungan Mahathir – Najib buat sekian kalinya cuma kali ini nampaknya begitu serius kerana kelihatan Mahathir dan kemnya hulang sabar dengan Najib.
  2. Pertembungan Mahathir dengan pemimpin kerajaan bukanlah pelik kerana sudah banyak mangsa buli Mahathir hanya kerana mangsa buli ini gagal memenuhi kehendaknya. Bukan sahaja pemimpin politik seperti Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Ku Li, Abdullah Badawi malah penjawat awam juga tidak ketinggalan menjadi mangsa bulinya seperti Hakim Salleh Abas, Ani Arope (sekadar menyebut beberapa nama dari senarai yang begitu panjang).
  3. Najib bukanlah Abdullah yang langsung tidak mahu ‘deal’ dengan Mahathir. Abdullah bergantung dengan pemikir muda yang rakus yang memilih bertembung terus dengan mahathir sehingga terpelanting, tetapi Najib lain. Setiap kali Mahathir bising Najib ‘deal’ maka Mahathir diam sekejap. Banyak juga yang diserahkan jika disenaraikan untuk mensenyapkan Mahathir.Namun kali ini nampaknya serangan lebih ‘ganas’ dan agak tersusun.
  4. Komen saya mudah selaku pihak yang ingin melihat perubahan maka dimana harus kita berada. Kita pernah menjadi kuda tunggangan Mahathir membelasah Abdullah Badawi, namun setelah Abdullah terpelanting sebegitu rupa hasilnya Mahathir dan kroni makin kukuh dan rakyat tetap tak dapat apa. Adakah kali ini kita mahu sekadar memainkan peranan yang sama ?
  5. Malah saya tanpa berselindung menyatakan keputusan kes Anwar Ibrahim dimahkamah juga berkait rapat dengan pertembungan Mahathir – Najib ini. Setakat ini saya masih mempertaruhkan ‘kad’ yangmenyatakan Anwar akan bebas kerana dengan memenjarakan Anwar maka Najib membunuh musuh Umno no.1. Kalau Anwar di luar Umno tidak banyak pilihan kena berhati – hati kerana jika berlaku krisis terbuka maka Anwar sedia memancung bagi menamatkan riwayat parti tua warisan penjajah itu. Umno hilang maka terbogel jenayah semua dalamnya, maka menjadi tanggungjawab semua memastikan Umno hidup. Jika Anwar dipenjara …pemain – pemain politik dalam Umno hilang takutnya maka Najib akan diserang secara terbuka dan maka bakal terpelanting lebih teruk dari Abdullah. Abdullah ada Khairy tetapi Najib ada Rosmah yang lebih digerami.
  6. Namun kad yang saya taruhkan sedikit goyah kerana baru – baru ini seorang bekas menteri kabinet orang kepercayaan Najib (tetapi Rosmah tak berapa harap dia ni) telah mengadap dan berjumpa dengan Daim. Perjumpaan panglima Najib dan panglima Mahathir ini katanya mencapai beberapa persetujuan yang juga melibatkan kes Anwar Ibrahim. maka Anwar kena lebih licik kali ….dia dalam bahaya.
  7. Namun semua kenyataan saya ditolak tepi oleh seorang ahli politik senior Umno yang bertaraf kaki ampu dengan hanya tahu menafikan. Datuk Syed Ali Alhabshee menyatakan tuduhan saya bersifat fitnah kosong dan hanya mempermainkan Umno semata – mata. Katanya Umno kukuh , Mahathir dan Najib tidak ada langsung masalah.
  8. Hanya seminggu selepas itu sahaja muncul seorang lagi pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Shahaidan kassim menyatakan kesanggupan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pergaduhan Mahathir Najib. Saya dengan ini mengucapkan terima kasih kepada Shahidan kerana membuktikan semua yang saya nyatakan terbukti benar. sila klik sini
  9. Pertembungan Mahathir dan Najib bukan sahaja satu – satu pertembungan dalam Umno ini. Keadaan dalam Umno begitu teruk. Dalam keadaan Najib yang tidak diam diri terus menyusun blogger dan beberapa agensi supaya kukuh dibawah pengaruhnya ada pula orang dibawahnya bertembung dan ambil kesempatan.
  10. Surat Zahid Hamidi ke Amerika membela seorang warga Malaysia yang terkait kegiatan jenayah antarabangsa tidak akan terkeluar jika tidak libatkan orang dalaman.
  11. Katanya Najib akan mula tempatkan orang orang setianya di semua tempat strategik seperti SKMM dan dengarnya Nasir Safar (setiausaha Najib yang terpaksa berhenti selepas memberikan komen perkauman) akan menjadi kepala JASA sebuah agensi perang saraf.
  12. Sepupu Najib, Hishamuddin bertindak mempertahankan Najib dengan mengumpulkan blogger – blogger didudukkan dibawahnya. Malangnya strategi tak berubah, kedengaran usaha nak dedah video seks Daim dan seumpamanya. Malah kesempatan Hishamuddin susun blogger ini juga digunakan oleh kem ini untuk menyerang muruh politik dalam Umno juga. Pertembungan Hishamuddin dan Zahid Hamidi mula ketara di beberapa peringkat.
  13. Pertembungan dalam regim penguasa begitu teruk, MIC pecah, MCA lemah…Umno gundah… tetapi disaat regim pecah dan lemah …. apa khabar PR ?
oleh

che’GuBard
Pengasas SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.