Home » All Post, Headlines

Swiss Leak : Siasatan Menyeluruh Perlu Dibuat Segera

Submitted by on February 18, 2015 – 4:32 PMNo Comment

swiss leak

Kenyataan Media
18 Februari 2015

Swiss Leak : Siasatan Menyeluruh Perlu Dibuat Segera

Swiss Leak telah mendedahkan sejumlah wang bernilai USD 67.7 juta yang mempunyai kaitan dengan Malaysia tersimpan dalam 201 akaun bank HSBC. Jika kita membaca profail-profail individu, kita akan menjumpai nama Sultanah Kalsom yang merupakan Sultanah Pahang disebut dalam laporan tersebut.

Malaysia berada di tangga ke 87 daripada 203 negara yang terlibat. Berdasarkan laporan daripada International Consortium of Investigative Journalism (ICIJ) itu, terdapat 93 klien mempunyai hubungkait dengan Malaysia, dan 28 peratus pula memegang passport Malaysia atau kerakyatan. Laporan tersebut juga mengatakan kebanyakan klien Malaysia mempunyai simpanan kurang daripada USD 2 juta akan tetapi pendapatan per kapita Malaysia hanyalah USD 10,500 sahaja.

Carian dan semakan Pemikir Kaum Muda SAMM di laman sesawang tersebut juga menemukan banyak nama-nama VVIP. Ada yang bergelar Bekas Timbalan Perdana Menteri, Bekas Menteri Besar, Bekas Menteri Persekutuan, Kerabat DiRaja, selain daripada nama-nama ahli keluarga pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar negara ini.

Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) amat bimbang bahawa jumlah puluhan juta dolar Amerika ini turut membawa sama wang yang diragui legitimasinya. Malah terdapat juga persoalan kemungkinan Federal Bereau of Investigation (FBI) akan masuk campur dalam isu ini walhal mereka tidak mempunyai jurisdiksi kerana HSBC bukanlah bank Amerika Syarikat. Mengapa kes ini berjaya meraih perhatian penuh dari FBI? Dibimbangi isu ini akan digunapakai oleh Amerika Syarikat untuk terus menjadikan Malaysia sebagai budak suruhan mereka.

Jika Inland Revenue Service (IRS) dan Pendakwaraya di Amerika Syarikat boleh mendapatkan perintah mahkamah supaya HSBC Amerika mendedahkan maklumat pelanggan mereka yang mempunyai akaun di luar pesisiran pantai, mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Peguam Negara, Bank Negara malah Pejabat Perdana Menteri sendiri masih berdiam diri terhadap laporan ini?

Tindakan berdiam diri Kerajaan Persekutuan dalam isu ini juga mengingatkan kita kepada laporan aliran wang haram yang begitu banyak mengalir keluar. GFI telah mendedahkan Malaysia kehilangan USD 48.93 billion pada tahun 2012 sehingga menyaksikan kita berada di tangga ke 5 di belakang India.

Sebelum ini, kita telah didedahkan dengan rakamam video temubual individu yang terkait dengan bekas Ketua Menteri Sarawak berhubung bagaimana operasi mereka di Singapura untuk memanipulasi peruntukan undang-undang dan sistem bagi mengelakkan kenaan cukai dalam transaksi penjualan tanah Sarawak. Bukan sahaja tangkapan malah siasatan juga tidak pernah dilakukan oleh Pihak Berkuasa negara ini.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Kerajaan Persekutuan untuk :

– Menjalankan siasatan penuh dengan segera dan mendedahkan hasil siasatan kepada khalayak umum.

– Setiap Menteri Kabinet, Penjawat Awam Kanan, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negeri, Dan semua Parti Politik perlu diwajibkan mengisytiharkan harta mereka.

– Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu memikirkan kaedah dan peruntukan undang-undang untuk memastikan juga Sultan dan kerabat-kerabat Di Raja keseluruhannya turut diwajibkan untuk mengisytiharkan harta.

Tindakan-tindakan ini adalah amat sesuai dilaksanakan bagi menjamin nama baik dan integriti institusi-institusi ini tidak dicemarkan dengan pelbagai tuduhan sebegini.

Di saat rakyat Malaysia yang lainnya bergelut dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi hinggakan ada yang tidak mampu untuk membeli rumah mampu milik, adalah sesuatu yang amat mengejutkan apabila kelompok-kelompok yang terdiri daripada ahli politik, golongan bangsawan dan mahakaya mempunyai wang dan kekayaan yang begi banyak disimpan di luar negara atas alasan yang hanya diketahui oleh mereka. Apa yang pasti adalah kesemua wang-wang simpanan ini tidak dicukai oleh Kerajaan kita dan disembunyikan daripada Kerajaan Malaysia.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.