Home » All Post, Headlines, SAMM

Tulisan Santai: BR1M Yang Meresahkan

Submitted by on February 11, 2015 – 2:46 AMNo Comment

logo samm

Tulisan santai
9/2/2015

BRIM YANG MERESAHKAN

Setiap tahun saya akan menjadi rujukan warga emas dan perak di kampung. Semuanya bermula bila Najib mengumumkan pemberian BRIM boleh di semak melalui internet.

Tahun ini, sekali lagi saya menjadi tumpuan. Selayaknya seperti pejabat hasil dalam negeri, hampir 20 kad pengenalan di serahkan kepada saya untuk dikemaskini.

Selesai kemaskini mereka akan bertandang untuk mengetahui status. Ada yang dapat duit datang tersengih-sengih memberitahu. Ada yang menghulurkan duit sebagai balasan.

Saya biasanya akan menolak. Bukan susah dan pakai modal pun. Sekadar memberi kemudahan dan kegembiraan kepada mereka.

Tahun ini agak berlainan. Ramai yang datang merungut dan memberitahu duit sehingga sekarang masih belum diperolehi. Di saat harga barang masih tinggi dan duit kehabisan kerana keperluan sekolah.

Mereka berpusing-pusing mengharapkan duit yang dijanjikan. Setakat ini hanya seorang yang dapat duit. Selebihnya datang bertanyakan duit saya dah masuk belum.

Saya bertanyakan hal ini kepada kawan di LHDN. Menurutnya, duit akan masuk nanti. Masanya tidak diketahui bila.

Saya beritahu hal ini kepada mereka, merungut mereka. Hanya itu yang saya mampu lakukan.

Mereka-mereka ini hanyalah penoreh getah, penanam padi dan orang yang pencen. Resah kerana harga getah yang tidak naik-naik walau harga emas naik mencanak, resah kerana padi baru ditabur, banyak duit diperlukan untuk beli racun dan baja.

Saya mohon kerajaan memberi perhatian kepada mereka. Janganlah hanya memandang mereka sebelah mata. Mereka hanya mahu hidup, bukannya memerlukan projek yang bernilai jutaan.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.