Home » All Post, Headlines

Tulisan Santai: Sabar!!! Mereka Kata

Submitted by on February 11, 2015 – 10:54 PMNo Comment

lima hakim

(gambar hiasan tiada kena mengena dengan penulisan)

Tulisan Santai
11 Februari 2015

Sabar!!! Mereka kata

Sabar!!! Mereka kata.

Sampai bila mahu bersabar? Sehari? Dua hari? Atau 5 tahun?

Ada pula yang kata, “selamat berehat wahai wira rakyat.”

Hey, kamu sanggup biarkan Ketua Umum kamu berehat di Penjara?

Yang lebih klimaks semalam, bila mana ada pimpinan muda PKR yang minta anak muda bangkit dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Eh, aku kah yang tolol kerana tertonton rakaman ucapan berbisa begini?

1998 ramai pimpinan UMNO yang bangkit bersama Anwar ketika itu. Bukan kerana bersama dengan idealisme perjuangan tetapi kerana mereka bakal kehilangan keuntungan politik apabila Anwar tersingkir.

2015 Anwar sudah mempunyai parti politik sendiri. Yang diasaskan daripada derita dan air mata Azizah. Di saat memulakan parti itu dalam serba kepayahan, kamu menunggang Anwar dan Azizah. Ketika kamu sudah mempunyai takhta Kerajaan, sudah bergelar Menteri Besar, Ahli Parlimen, Exco Negeri, ADUN dan Ahli Majlis, kamu biarkan Anwar melangkah bersendirian ke penjara.

Sabar!!! Kata mereka.

Kerusi-kerusi empuk itu membuatkan kamu bisu. Badan-badan gemuk itu tidak lagi membuatkan kamu mampu berfikir. Kamu hanya mampu berkata-kata untuk mengampu Anwar di kala Anwar berkeliaran di luar.

Hari ini Anwar di penjara tetapi di mana pimpinan PKR yang selama ini gah menyatakan kamu bersama Anwar Ibrahim?

Seorang ADUN yang bukan figur politik nasional berani bangkit dan melawan sewaktu kenderaan penjara meninggalkan mahkamah. Beliau ini sajakah pimpinan PKR?

Zunar seorang kartunis ditahan malam tadi. Seorang Kartunis lebih berani daripada Timbalan Presiden dan pimpinan PKR yang lain?

Sabar!!! Kata mereka.

Sebuah parti politik tidak mempunyai kekuatan untuk menggerakkan penyokong dan rakyat bagi membantah kezaliman rejim tirani? Hingga anak Anwar Ibrahim, Nurul Nuha terpaksa menggerakkan kempen March To Freedom? Apa guna mempunyai parti politik jika kamu tidak mampu untuk memperjuangkan kebebasan Ketua Umum kamu sendiri.

Memalukan.

Pagi ini tidur aku dikejutkan dengan deringan telefon daripada orang kuat PKR Muar. Aku fikir sudah ada demonstrasi yang ingin dibuat. Tetapi rupanya hanya mahu bertanya adakah sudah dilantik Ketua Pembangkang?

Aku amat pasti ketika ini kamu semua sibuk mencatur calon Permatang Pauh dan memilih Ketua Pembangkang Parlimen. Anwar? Biarkan saja dia mereput dalam penjara dan menjadi sejarah.

Semalam adalah kisah Anwar, hari ini kita anggap saja Anwar sudah mati.

Sabar!!! Kata mereka.

PKR dan Pakatan Rakyat terleka. Enak dibuai perseteruan merebut pangkat, pingat dan jawatan. Tidak ada mobilisasi mega seperti mana semasa kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Anwar bukan sahaja terpenjara kerana kezaliman rejim tirani tetapi juga kerana pengkhianatan kucing-kucing parsi yang dibelanya selama ini.

Jika kita diam hari ini, tidak perlulah lagi kita berkata soal menyelamatkan Malaysia. Biarkan saja rejim ini merosakkan tanahair tercinta. Biarkan atau bangkit dan melawan, pilihannya di tangan kita.

Jangan kau penjarakan ucapanmu jika kau menghamba pada ketakutan.

Tetapi mereka memilih untuk berkata, SABAR!!!

Anwar Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.