Home » All Post, Headlines, SAMM

Larangan Pekerja Asing Patut Diperluaskan Ke Semua Premis Makanan Francais Dan Hotel

Submitted by on April 11, 2015 – 9:58 AMNo Comment

Kenyataan Umum
11 April 2015

Larangan Pekerja Asing Patut Diperluaskan Ke Semua Premis Makanan Francais Dan Hotel

Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Berhubung Pendatang Asing Tanpa Izin Ke-11 tahun lepas telah pun membuat keputusan untuk melarang pekerja asing digajikan di restoran makanan segera. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sememangnya menyokong keputusan ini. Namun begitu, SAMM ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Pemerintah untuk memperluaskan larangan ini ke semua premis makanan termasuklah restoran di dalam Hotel.

Ketika ini, jika kita pergi ke restoran, cafe atau kopitiam francais dan hotel, kita masih lagi dapat melihat kelibat pekerja asing yang bekerja sebagai penyaji makanan di premis tersebut. Dalam keadaan peningkatan kos sara hidup dan pengenalan rejim cukai GST ini, sudah pastilah rakyat tempatan sedikit terbeban dan peluasan larangan ini akan dapat menyediakan peluang kepada rakyat tempatan dalam mencari pekerjaan sama ada sebagai pekerja sepenuh masa atau separuh masa sebagai pekerjaan alternatif bagi menambah sumber pendapatan.

Selain itu juga, premis-premis begini mengenakan caj perkhidmatan tambahan yang berbeza dengan GST. Asas kenaan caj perkhidmatan ini dibenarkan adalah sekiranya pihak majikan mempunyai perjanjian bersama dengan pekerja di mana setiap caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna akan dipulangkan semula kepada pekerja. Atas asas ini, maka seharusnya pihak Kerajaan Pemerintah melihat kewajaran cadangan meluaskan larangan pekerja asing ini. Apalah ertinya jikanya caj perkhidmatan ini akhirnya memberikan manfaat kepada pekerja yang bukan warga.

Jika pemilik premis makanan francais dan hotel menggunakan asas permintaan gaji yang tinggi oleh rakyat tempatan, SAMM melihat bahawa tuntutan rakyat tempatan untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi berbanding pekerja asing sekurang-kurangnya pada paras gaji minimum di samping kemudahan lain termasuklah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah wajar. Hal ini adalah kerana kebanyakan premis makanan francais dan hotel ini adalah merupakan syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, apatah lagi perniagaan makanan jenis begini semakin popular dan menguntungkan.

Kebanyakan majikan mahukan keuntungan yang berlipat ganda dengan menggajikan pekerja asing dimana gaji yang ditawarkan jauh lebih kecil tanpa perlu membuat caruman KWSP atau bayaran kesihatan. Malah, ada majikan yang memberikan alasan tidak ada rakyat tempatan mahu bekerja di premis perniagaan mereka sedangkan hakikatnya ramai lagi rakyat tempatan yang menganggur kerana ketiadaan pekerjaan atau yang memerlukan sumber pendapatan tambahan.

Sehubungan itu, SAMM mendesak Kerajaan Pemerintah untuk mempertimbangkan cadangan meluaskan larangan pekerjaan asing kepada premis-premis makanan francais dan hotel.

Zulkifli Hj Ibrahim
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

img_8366

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.